April 25, 2024

Siapa Sini Team Raya Pertama Dok Rumah Tidur, Baik Mengaku!

Keluarga Bro Framestone Raya Pertama 2017
Siapa sini, team raya pertama dok rumah je. Angkat tangan…!!!

Tak salah pun raya pertama dok rumah, layan tertamu yang datang berkunjung atau jadi ‘anak dara’ tukang basuh pingan mangkuk.

Asalkan bukan dok depan TV ziarah channel-channel yang ada di Astro, HyppTV sambil tidur.



Alhamdulillah, tahun ini dapat beraya bersama di Perak. Selepas ini ke Pahang, kemudian ke Johor sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Tapi akan singgah KL juga, sebab nak tukar barang dalam kereta sebelum teruskan perjalanan ke sebelah selatan.

Tak muat kereta nak sumbat almari baju untuk tempoh seminggu beraya he…23x

Hari raya kedua, dapat pula berkumpul semua adik-beradik dan menantu sebelum salah seorang bakal menamatkan zaman bujangnya lagi 2 minggu.

Baca : 6 Kenangan Sewaktu Raya Yang Tidak Dapat Aku Lupakan.

Aktiviti Raya Pertama – Duduk Rumah, Tidur

Siapa sini, raya pertamanya dok rumah, tidur…. Baik ngaku..!!

Alhamdulillah, aktiviti pertama kami dapat menunaikan solat sunat Aidil Fitri kemudian menziarahi kubur (Lama juga Bro tak ziarah kubur di sini – sejak kahwin dan banyak perubahan ketara).

Balik rumah,

Kami makan berjemaah bersama keluarga.

Tengahari macam tue, Bro tidurkan anak-anak sampaikan Bro sendiri pun tertidur.

Sedar-sedar, usha kiri kanan tengok Puan Isteri tiada. Lupa, dia kena kerja pada hari raya pertama.

So tengahri dari Perak, dia drive balik ke Kuala Lumpur untuk berkerja dan sebelah malamnya dia pulang balik ke Perak (Susah nak dapat isteri hati kental macam dia nie).

Bagaimanapun,

Bro rasa dah terbuat dosa paling besar sewaktu selesai solat sunat Aidil Fitri pada paginya. Bila berjumpa dengan kenalan sekampung, dia tanya

“Kau dah kahwin”

Bro balas dengan pantas, “Belum kahwin lagi”

Tapi kalau fikirkan betul-betul. Memang Bro belum kahwin lagi he…23x So adakah jawapan Bro itu dianggap tipu dosa ataupun kenyataan berani mati?

Apa-apa pun selamat hari raya Bro ucapkan kepada semua pembaca blog Bro Framestone & maaf zahir batin ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Siapa Sini Team Raya Pertama Dok Rumah Tidur, Baik Mengaku!

  1. kalau raya sorang2 mungkin la pisyek tido. tapi setakat ni setiap kali raya masih lagi ada yang nak beraya dengan pisyek.

    ekekeke. :D

  2. Dekat Sarawak tak ada peluang nak tidur raya pertama ? hampir semua saudara mara terdekat duduk dalam satu daerah sama (Kuching) or daerah terdekat datang ziarah. Dah macam pembantu Chef Gordon Ramsay sibuk di dapur tuangkan air dan bersihkan dapur.

Leave a Reply to Mrs. A Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *