April 26, 2024

Penangan Air Kedondong Asam Boi Man Java di Bazar Ramadan Tasik Puteri, Rawang

Man Java Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang
Tahun ini, agak kerap juga Bro ke Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Lagipun, lokasinya tidak beberapa jauh dari rumah dimana kalau jalan kaki pun amik masa xsampai 5 minit.

Tapi kenapa Bro kerap ke bazar tahun nie?

He…23x semuanya gara-gara penangan Air Kedondong Asam Boi Man Java. Lain macam pergi dia bila perkena pada bulan puasa ini.

Kebanyakan air buah yang dijual di gerai ini dibuat sendiri.

Man Java Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang

Man Java Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang
Air Kelapa Lemon juga menyengat… Sedap….!!!

Semua air yang dijual, sebungkus hanya RM3 sahaja.

Selain bulan puasa, mereka banyak berniaga di pasar malam dan beberapa lokasi sekitar Rawang.

Man Java Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang
Antara air yang sempat Bro beli..

Semestinya Air Kedondong Asam Boi, Durian Belanda & Kelapa Lemon.

Apa-apa pun selamat berbuka dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog Bro Framestone

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Penangan Air Kedondong Asam Boi Man Java di Bazar Ramadan Tasik Puteri, Rawang

  1. Kalau bulan Ramadhan selalunya cari 2 air ini samada air Katira atau air Laicikang kalau ke bazar Ramadhan.

    Kalau air berbuka puasa homade mestilah air soya. :)

  2. aduh.. tak pernah lagi minum air kedondong ni. nak cuba, jauh pulak dari rumah. kalau jalan kaki, mau habis ramadhan baru sampai rumah balik. hehehehe

Leave a Reply to Amirul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *