April 16, 2024

Lokasi Terkini 21 Kamera AES Yang Beroperasi Setakat Jun 2017

Lokasi Terkini 21 Kamera AES Yang Beroperasi Pada Tahun 2017
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pemasangan tujuh lagi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada.

Menjadikan 21 kamera AES dipasang seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun 2017.

Pengumuman ini telah dibuat seminggu sebelum umat Islam di Malaysia bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri. Moga dengan adanya 21 kamera AES dapat mengurangkan kemalangan sepanjang musim perayaan kali ini.



Di sini, Bro kongsikan 21 lokasi Kamera AES (Automated Enforcement System) untuk rujukan anda.

Cukuplah musim perayaan ini, duit anda hanya keluar untuk beli baju raya, bayar tol, beli barang keperluan, cover GST, bayar zakat fitrah etc. Jangan pula terpaksa hulur ‘duit raya’ untuk settlekan saman.

Lokasi 21 Kamera AES (Jun 2017)

  1. Kilometer (KM) 7 Jalan Maharajalela, Teluk Intan.
  2. KM 376 Lebuhraya PLUS Slim River.
  3. KM 91 Jalan Ipoh – Butterworth di Kerian.
  4. KM 85.5 Jalan Ipoh- Kuala Lumpur di Tapah.
  5. KM 205.6 Lebuhraya PLUS Taiping Utara.
  6. KM 26 Jalan Ipoh- Kuala Kangsar di Sungai Siput.
  7. Jalan Pasir Putih, Ipoh.
  8. KM 7.7 Sungai Besi.
  9. Jalan Persiaran Timur Putrajaya.
  10. KM 301.9 Kajang.
  11. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya.
  12. KM 6.6 Jalan Kajang/ Puchong
  13. Jalan Klang Lama.
  14. Jalan Ipoh.
  15. KM 151.4 Lebuhraya Plus – Pagoh (BARU)
  16. KM 299.9 Lebuhraya Plus-Kampar (BARU)
  17. KM 17 Jalan Gua Musang – Kuala Krai (BARU)
  18. KM 96.3 Lebuhraya Plus -Kuala Muda (BARU)
  19. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chenih (BARU)
  20. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai(BARU)
  21. KM 146.8 Lebuhraya Plus – Pagoh (BARU)

Boleh dikatakan semua lokasi pemasangan kamera AES merupakan lokasi dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut sebelum ini.

Sepanjang mengalaman Bro bertembung dengan kamera AES,

Boleh dikatakan banyak kenderaan memperlahankan kenderaan sekurang-kurangnya 1-2Km sebelum tiba ke lokasi kamera AES tersebut. Malangnya, masih ada juga pihak yang tetap melajukan kenderaan mereka.

Maka, kenkadang bernasib baik nampak juga cahaya terpancar dari kamera AES ini. Nasib korang la kan.

Selain 21 lokasi diatas, masih terdapat empat lampu isyarat dipasang dengan kamera AES, lokasinya adalah di :-

  1. KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (persimpangan Kampung Kerdah).
  2. Jalan Pasir Putih-Ipoh (persimpangan Jalan Temenggung).
  3. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Perhentian, Sentul).
  4. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (persimpangan Jalan Sepadu)

Selain AES, Perangkap Had Laju Lebih Sukar Dijangka

Skill Photography Gambar Bernilai RM300 Sekeping
Tidak cukup sekadar tahu lokasi dimana terdapatnya kamera AES.

Anda juga perlu mengetahui lokasi yang selalu polis / penguatkuasa menjalankan operasi perangkap had laju (Speed Trap). Ini kerana ianya sukar dijangka (masa dan lokasi kenkadang tak menentu).

Kalau setakat dapat surat saman yang dipos dirumah, kira ok lagi. Boleh happy-happy nak sambut raya.

Bayangkan kalau kena speed trap, kemudian dekat depannya dah ada sekatan jalan raya + korang terus kena saman on da spot.

Mahu muram sepanjang perjalanan balik kampung nak sambut raya.

Baca : Tanpa Skill Photography, Gambar Yang Diambil Bernilai RM300 Sekeping

Lagi parah bila kerja kerajaan dimana lambat lagi gaji akan datang nak masuk. Boleh terasa juga (kecuali anda jenis memang suka kumpul saman berbanyak dan tunggu ada diskaun, baru nak bayar).

Mata Demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)

Mata Demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)JPJ turut menyebarkan garis panduan berhubung dengan Sistem Mata Demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dilaksanakan mulai 14 April lalu.

Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan lesen memandu seseorang boleh digantung apabila pemandu gagal mematuhi peraturan jalan raya dan memandu kenderaan bermotor secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Mahkamah juga boleh mengambil tindakan di bawah subseksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi daripada RM20,000.

Selain itu, individu yang disabit dengan kesalahan itu juga akan hilang kelayakan (digantung) daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dari tarikh sabitan dan hilang kelayakan (digantung) selama tempoh 10 tahun dalam hal sabitan kali kedua atau seterusnya.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Lokasi Terkini 21 Kamera AES Yang Beroperasi Setakat Jun 2017

Leave a Reply to syuhada Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *