March 28, 2024

Aplikasi Maybank Kini Berwajah Baru – Lebih Pantas, Mudah & Selamat

Maybank Berwajah Baru
Anda kini boleh menguruskan aktiviti kewangan lebih pantas, mudah dan selamat pada telefon pintar anda.

Mulai 16 Mac 2017, Aplikasi Maybank berwajah baru mengantikan aplikasi yang sedia ada bagi memberi pengalaman terbaik buat penggunanya.

Dengan aplikasi ini, membolehkan anda membayar bil dengan lebih pantas, melakukan pemindahan wang ataupun melakukan top-up prepaid hanya dengan menggunakan telefon pintar.
Aplikasi Maybank Berwajah Baru

Paparan Aplikasi Maybank
Paparan juga banyak berbeza dari yang terdahulu dimana ianya lebih ringkas, menarik dan mesra pengguna (sesuai bagi mereka yang berjari besar dan asik tersalah tekan)

Sekaligus memberikan pengalaman berbeza buat anda ketika menggunakan aplikasi ini.

Lagipun, ia mampu memberi kelebihan kepada anda sekiranya anda seorang yang mengejar masa dan menganggap setiap saat amat berharga untuk anda.

Masa itu emas (duit).

Segala urusan anda kini lebih pantas dari kebiasaan dengan menggunakan aplikasi ini dalam menguruskan aktiviti kewangan seharian anda.

Aplikasi Maybank Berwajah Baru

Paparan lebih kemas dan teratur serta mesra pengguna memudahkan anda melakukan transaksi lebih pantas.

Anda pasti tidak merasa kekok atau menghadapi masalah jika pertama kali menggunakannya.

Tahap Keselamatan Dipertingkatkan – Fungsi Pengesahan Cap Jari

Pengesahan Cap jari Aplikasi Maybank
Dengan hanya login masuk mengunakan pengesahan cap jari (bagi telefon pintar yang mempunyai fungsi pengimbas cap jari), anda boleh melihat baki dalam akaun bank anda, transaksi terkini, baki kad debit, baki hutang kad kredit, baki pinjaman yang perlu dibayar, pelaburan dan sebagainya.

Pantas bukan?

Bagaimanapun untuk langkah keselamatan, anda tetap perlu masukan kata laluan untuk melakukan transaksi terutamanya bagi pemindahan wang, pembayaran bil, pembelian topup prepaid dan sebagainya.

Aplikasi Maybank Berwajah Baru
Bagaimanapun aplikasi ini mungkin tidak akan berfungsi sekiranya telefon pintar anda telah di jailbreak ataupun di root. Ini kerana telefon pintar anda mungkin mudah terdedah kepada aktivit penipuan.

Dalam masa yang sama telefon pintar anda ‘terikat’ dengan akses ke akaun Maybank2u anda. Maka, orang lain tidak boleh log masuk ke akaun Maybank2u anda menggunakan telefon pintar orang lain.

Aplikasi Maybank Berwajah Baru

Aplikasi Maybank ini boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play mulai 16 Mac 2017.

Penafian : Anda tidak perlu risau, aplikasi MyMaybank yang sedia ada masih boleh digunakan sehingga sekitar suku ketiga 2017 ini.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Aplikasi Maybank Kini Berwajah Baru – Lebih Pantas, Mudah & Selamat

Leave a Reply to Kisahsidairy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *