April 25, 2024

Pra-Tempahan OPPO R9s Kini Dibuka di Malaysia Pada Harga RM1,798

OPPO R9s RM1,798 Malaysia
OPPO R9s kini boleh didapati untuk pra-tempahan dari 5 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 dan boleh didapati di kedai elektronik tempatan bermula pada 14 Januari pada harga RM 1,798.

Dengan reka bentuk yang menarik perhatian, prestasi yang unggul dan pengalaman fotografi serba boleh yang menakjubkan, R9s kini membolehkan pengguna merakam kehidupan mereka dengan penuh gaya!

Sensor IMX 398 Terbaharu dan Teknologi Dwi-PDAF

Awal tahun ini, OPPO F1s melakar kejayaan membanggakan, terima kasih kepada kehebatan keupayaan tersendiri ‘selfie-snapping’.

Peranti ini dilengkapi dengan kamera hadapan 16 MP, dan dipadankan dengan apertur besar f/2.0 dan teknologi Screen Flash OPPO yang menghasilkan gambar waktu malam yang mengagumkan.
Pra-Tempahan OPPO R9s Kini Dibuka di Malaysia
OPPO R9s yang terbaharu menampilkan kebijaksanaan ciri kamera hadapan dan dilengkapi dengan pengalaman fotografi belakang yang mendahului teknologi sebelumnya.

Pada bahagian tengah kamera belakang hebat R9s adalah sensor terbaharu IMX 398 Sony, sensor 1/2.8 inci yang disesuaikan dan dibangunkan bersama oleh Sony dan OPPO.

Gandingan sensor ini dan apertur f/1.7 ekstra-lebar yang memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya, kamera belakang R9s menawarkan kelajuan pemfokusan yang fenomena, mengurangkan bising dan prestasi cahaya-rendah, membolehkan pengguna merakam imej yang cukup jelas dan cantik dalam beberapa saat saja.

Kamera Belakang R9s Lebih Jelas dan Menarik

OPPO R9s
Kamera R9s menggunakan teknologi Dwi-PDAF, satu peningkatan generasi akan datang dari penyelesaian standard PDAF.

Generasi pertama PDAF hanya mempunyai setengah pixel untuk memfokus, sebaliknya Dwi-PDAF meningkatkan sehingga 100% pelbagai kawasan piksel sensor yang dilengkapi dengan fotodiod khas yang diperlukan untuk fasa pengesanan autofokus, membolehkan pemfokusan sepantas kilat, walaupun dalam cahaya rendah dan menghasilkan imej yang sangat jelas.

Reka bentuk terbaharu itu menampilkan badan R9s yang disaluti 98.9% logam, dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 72.9%, menjadikan visualnya kelihatan halus dan berbeza, dengan penerimaan isyarat yang hebat.

Telefon pintar OPPO R9s dikuasakan dengan pemproses Qualcomm OCTA-core, 4GB RAM dan 64GB ROM, dan dilancarkan lagi oleh ColorOS 3.0 (berdasarkan Android 6.0).

Dengan keupayaan penyimpanan-bijak, 64 GB yang boleh ditambah sehingga 128 GB, bagi memastikan pengguna akan mempunyai banyak ruang untuk menyimpan gambar-gambar jelas mereka.

Sementara itu, pembaca cap jari R9s – memberikan pengguna akses sentuhan 0.2s yang sangat pantas, dan bijak menapis imej cap jari pengguna dari masa ke semasa.

R9s turut disokong oleh bateri 3,010 mAh dan teknologi peneraju industri OPPO, pengecasan pantas VOOC, untuk kelancaran pengecasan bervoltan rendah, supaya bahagian dalaman telefon anda tidak akan terbeban dengan haba yang berlebihan.

Pra-tempahan boleh dibuat secara luar talian melalui 1201 tempat jualan yang dilantik (sila rujuk http://www.oppo.com/my/about-us/press/where-to-pre-order-the-oppo-r9s) atau secara dalam talian di pautan berikut http://www.oppostore.com.my/starmeetup/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Pra-Tempahan OPPO R9s Kini Dibuka di Malaysia Pada Harga RM1,798

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *