April 19, 2024

Filem Dorm Melati Merungkai Misteri Disebalik Kisah Benar

Filem Dorm MelatiDorm Melati, salah satu filem berdasarkan kisah benar yang amat dinantikan dari Metrowealth selepas Filem Volkswagen Kuning & Jalan Puncak Alam.

Filem ke-116 terbitan Metrowealth bergenre seram arahan Eyra Rahman ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.

Bagaimanapun hasil daripada kajian oleh panel skrip MiG, olahan skrip dan jalan cerita telah dilakukan namun idea dan konsep asal masih lagi dikekalkan.

Maka, mungkin ada banyak perbezaan terutamanya ‘lokasi’ dari cerita benar yang anda pernah dengar tentang Melati ini.

Filem Dorm Melati menggabungkan bakat-bakat muda yang mula menonjol di persada seni tanah air seperti Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan, Ikmal Amry, Zakaria Zahid, Amreen Shukry dan Ghazdan bersama pelakon berpengalaman antaranya Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan Azman Hassan.

Sinopsis Filem Dorm Melati

Watak Utama Filem Dorm Melati

Filem ini mengisahkan tentang 5 sahabat baik iaitu Adam, Zafira, Eddy, Raihana dan Carol yang baru sahaja menamatkan peperiksaan STPM mereka dan memutuskan untuk melakukan aktiviti ‘Summer Camp’.

Lokasi ditetapkan oleh Adam yang sememangnya menyukai cabaran dan luar dari kebiasaan. Maka beliau memutuskan untuk memilih Dorm Melati sebagai lokasi percutian Summer Camp mereka.

Lagipun, beliau ingin mengetahui misteri dan rahsia tentang wanita bernama Melati Putih yang dikaitkan dengan Dorm Melati yang digembar-gemburkan dalam internet.

Ada yang mengatakan Melati mati bunuh diri selepas diperkosa, ada juga yang menyatakan beliau dibunuh. Bagaimanapun tiada sesiapa tahu ke mana Melati menghilang.

Melati Putih - Filem Dorm Melati

Tidak lupa juga dengan peristiwa kematian misteri beberapa orang pemuda yang dikaitan dengan kes perkosaan Melati Putih.

Walaupun niat beliau ditentang habis-habisan oleh 4 orang temannya, namum mereka terpaksa akur dengan keputusan Adam.

Dan ketibaan mereka di sana, disambut dengan gangguan demi gangguan selepas Adam mencabar Melati untuk muncul di depannya.

Apa sebenarnya yang menganggu mereka berlima? Apa puncanya Melati muncul dan menghantui lima sekawan ini? Apa sebenarnya yang terjadi pada Melati sewaktu arwah masih hidup?

Semuanya akan terjawab dalam Filem Dorm Melati.

Trailer Filem Dorm Melati

Review Filem Dorm Melati dari Bro Framestone

Bro lebih tertarik menonton filem ini, bukan sebab tahap keseraman atau part terkejut-terkejut. Bro sama seperti Adam, nak tahu cerita sebenar pasal Melati dan apa sebenarnya yang terjadi pada dia.

Review Filem Dorm Melati

Dari segi lakonan, tak boleh dinafikan bila terdapat beberapa pelakon berpengalaman berjaya membawa watak masing-masing. Cuma, watak 5 sekawan itu gagal dipecah belahkan melalui konflik menjadikan filem ini kurang konflik yang selalunya merupakan perisa tambahan pada sesuatu filem.

Paling ketara, keseramannya terbatas bila mereka berlima diselamatkan dan rahsia tentang Melati dikupas satu per satu.

Cuma, dibahagian hujungnya anda sendiri akan tahu, dimana Melati Putih berada….

Apa-apa pun, sama-sama kita saksikan Dorm Melati dipawagam bermula 12 Januari 2017.

Gambar Sekitar Malam Gala Filem Dorm Melati

Filem Dorm Melati

Bersama rakan yang juga berlakon dalam filem ini, Zakaria Zahid. Wataknya, jadi orang jahat yang bersubahat dalam kes perkosaan Melati Putih.

Muka je ganas, ganas lagi si Melati bunuh dia.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Filem Dorm Melati Merungkai Misteri Disebalik Kisah Benar

  1. Bunyi mcm seram, tapi dri pmbacaan filem ni mcm ala2 detective conan. Mcm kes Adam tu yg nk tau sgt dan teruskan penyiasatan. Well, semuanya isu gejala sosial dan mslh salah laku manusia yg smakin xde hati perut zmn skg ni. Hmmm

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *