April 19, 2024

Pengalaman “Berkahwin Lagi” Dengan Orang Sama

Pengalaman Berkahwin LagiBaru-baru ini, Bro ada memuat naik gambar yang menimbulkan kontroversi dikalangan rakan-rakan laman sosial.

Banyak PM dan komen yang Bro terima,

Betul ke Bro kahwin lagi?” Tanya mereka seperti tidak percaya dengan apa yang Bro muat naikkan.

Paling ketara,

Setiap komen yang mereka lontarkan, tidak satu pun Bro balas he..23x Bagi menimbulkan lebih tanda tanya dikalangan mereka.

Lagipun beberapa hari sebelum itu, Bro ada juga memuat naik gambar dan status “teaser” untuk beri mereka bayangan dan igauan.

Sampaikan mak mertua Bro pun tertanya-tanya. Betul ke nie? Bro gelak je…. (Lagipun waktu itu, Bro busy dengan MAHA 2016).

Ala, kalau Bro kahwin lagi, apa salahnya.

Ke kena jemput korang juga walaupun buat kenduri ala kadar. Tapi sebelum itu, korang hulur la calon sorang dua dekat Bro dulu (Ke nak calonkan diri sendiri).

Gambar Kahwin Lagi Bersama Memorable Photography Services
Ok, mereka berdua ini merupakan bridesmaid lelaki.

Eh, tak nak berkenalan? Nak kenal dengan bridesmaid perempuan? Ish korang nie. Ingat blog Bro tempat cari jodoh ke?

Kalau nak cari service Photographer, Baju Pengantin, Make Up Mak Andam ataupun calon suami, boleh la datang selalu ke blog Bro ini.

Gambar Kahwin Lagi Bersama Memorable Photography Services

Ok, ini bridesmaid perempuan pula. Memasing masih lagi berstatus single, tetapi macam dah berempunya.

Alamak, terdedah pula muka si pengantin perempuannya. Macam kenal je? Mesti korang tertanya-tanya bukan. Apa cer sebenarnya ini?

Post Wedding Photoshoot Bro Framestone & Iera Kan

Sebenarnya, ini merupakan Post Wedding Photoshoot yang diaturkan oleh rakan-rakan untuk Bro dan isteri meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4.

Lokasi photoshoot kami di Taman Tasik Perdana.

Antara gambar yang dikongsikan oleh Photographer kami (Memorable Photography Services) Insya’lah akan ditambah dari masa ke semasa.

Gambar Kahwin Lagi Bersama Memorable Photography Services

Gambar Kahwin Lagi Bersama Memorable Photography Services

Pengantin laki : Bro Framestone – www.broframestone.com

Pengantin perempuan : Iera Kan – www.nurseira.com

Photo by : @faeezezuan (Memorable Photography Services)

Bridemaid :-

Sponsor makeup pengantin : @makeupbyaemylia

Sponsor baju pengantin : @aurora_by_aireens

Sponsor baju bridesmaid : @thecosry / www.thecosry.com

Sponsor bunga : @ienaeliena

Copyright Memorable Photography Services. Do visit : www.facebook.com/memorablephotographyservices

Pengalaman Berkahwin Lagi

Dalam banyak-banyak gambar, Bro suka gambar yang ini.

Tak pasti kenapa? Ke ada yang tersurat dan tersirat kot he…23x Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat Bro.

Terima kasih kepada penaja pakaian, memang cantik dan sesuai sangat dengan kami. Tidak lupa juga kepada mak andam, yang berjaya menaikan seri kami berdua.

Begitu juga dengan photographer yang berjaya menghasilkan gambar yang awesome ini.

Last sekali pada bridemaid yang bukan sahaja menjadi penyeri, bahkan pengasuh buat anak-anak Bro dan juga perancang utama photoshoot kali ini.

Ok, next siapa pula? Ke Bro lagi? 3 kosong he…23x

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Pengalaman “Berkahwin Lagi” Dengan Orang Sama

  1. Waduh…. Waduh… Waduh…
    Bestnya dapat bersanding kali yang ke 2…
    Lepas ni bolehlah compare dengan gambar bersanding kali yang pertama dulu…
    Apa yang bertambah dan apa yang dah berkurang… hehehe

Leave a Reply to drama Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *