March 28, 2024

Risau Gula Tambahan Dalam Susu? Anmum™ Essential Ada Jawapannya


Tak semua susu mempunyai kandungan yang sama.

Semestinya anda akan berikan yang terbaik dalam membuat pilihan yang bijak untuk si manja anda. Betul tak?

Jom layan video di atas mengenai Adam, seorang kanak-kanak yang pintar secara semula jadi ingin tahu lalu bertanya dan mula menyiasat.

Beliau mempersoalkan susu kanak-kanak minum dan dengan berbuat demikian, mewujudkan kesedaran mengenai gula tambahan yang tersembunyi di dalamnya.

Untuk pengetahuan anda,

Ada sesetengah susu mempunyai kandungan gula berlebihan, dan tidak sesuai diambil secara berlebihan oleh si manja anda seiring dengan perkembangan tumbesaran mereka.

Apa Itu Gula Tambahan?

Gula Tambahan Dalam Bentuk Semulajadi
Tahukah anda, kebanyakan makanan dan minuman, anda akan mendapati 2 jenis gula :-

  • Gula yang terbentuk secara semulajadi
  • Gula tambahan

Gula tambahan adalah gula dan sirap yang ditambahkan ke dalam makanan dan minuman apabila ia diproses atau disediakan.

Ini tidak termasuk gula semulajadi seperti yang terdapat di dalam susu dan buah-buahan.

Whats In The Milk

Bagaimana untuk mengetahui kandungan gula tambahan yang terdapat dalam susu?

Anda boleh check kandungan / bahan yang dipamerkan pada label yang terdapat pada produk susu yang anda beli.

Ianya boleh hadir dalam bentuk gula perang, pepejal sirap jagung, dektrosa, fuktosa, glukosa, pepejal sirap glukosa, maltosa, maltodekstrin, gula putih.

Walaupun kandungannya nampak sedikit, jika diambil secara berlebihan, ianya mampu memberi kesan kepada si manja anda. Ini kerana ia :-

  • Meningkatkan risiko obesiti
  • Mempengaruhi deria rasa – Kecenderungan terhadap makanan manis
  • Meningkatkan risiko karies gigi

Anda boleh nampak kesannya bukan?

Report dari Harvard Chan School of Public Health ada menyatakan bahawa gula tambahan terutama yang terdapat dalam minuman menyumbang kepada obesiti dan masalah metabolik lain.

Sudu Teh Gula

Menurut Garis Panduan Diet Malaysia (MDG) untuk Kanak-kanak dan Remaja 2013, ia menyarankan:

  • Kanak-kanak berumur 2-6 tidak tidak sepatutnya mengambil lebih daripada 3 sudu teh gula tambahan sehari!
  • Kanak-kanak berumur 7-10 tahun tidak sepatutnya mengambil lebih daripada 4 sudu teh gula tambahan sehari!

Bagaimanapun kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa 30% daripada kanak-kanak Malaysia obes dan mengambil lebih daripada 17 sudu teh gula tambahan setiap hari.

Nampak tak?

Tetapi, anda tidak perlu risau.

Kini dengan Anmum™ Essential, anda boleh pastikan si manja bukan hanya mendapat nutrien penting seperti GA® dan DHA, tetapi ia juga Tidak mengandungi Gula Tambahan.

Bertukarlah kepada Anmum™ Essential

Anmum™ Essential packs 3 & 4
Statistik yang membimbangkan mengenai anak-anak kita dan status kesihatan mereka telah mendorong Anmum™ Essential memulakan kempen bagi menggalakkan ibu bapa mula bertanya dan menyiasat apa kandungan yang terdapat dalam susu yang mereka memberi anak-anak mereka setiap hari.

Anda kini boleh pastikan si manja bukan hanya mendapat nutrien penting seperti GA® dan DHA, tetapi ia juga Tidak mengandungi Gula Tambahan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.anmum.com.my/happenings/added-sugars-bm/

Sumber Rujukan : –

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Risau Gula Tambahan Dalam Susu? Anmum™ Essential Ada Jawapannya

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *