March 29, 2024

Bianco Mimosa Tampil Dengan Koleksi Neo Gladiator

Bianco Mimosa - Koleksi Neo Gladiator
Bagi mengekalkan keunikan sambil mengukuhkan lagi penjenamaannya sebagai sebuah hub fesyen couture yang mempunyai kelas tersendiri, Bianco Mimosa kini hadir dengan 10 lagi koleksi adibusana terbarunya.

Mereka tampil dengan koleksi Neo Gladiator.

Ianya mencetuskan konsep dan tema gah bak berada di zaman kemegahan bumi Rome ratusan tahun dahulu, Neo Gladiator diangkat sebagai tema yang mewarnai koleksi daripada Bianco Mimosa.

Bianco Mimosa - Koleksi Neo Gladiator

Pada kali ini, kita dapat menyaksikan penampilan yang berbeza buat setiap satu daripada koleksi yang diperagakan.

Menurut pereka fesyen yang juga pengasas kepada Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha, koleksi Neo Gladiator diilhamkan demi memberi suntikan nuansa gaya pemakaian atau fesyen di era berkenaan yang dianggap unik dan mempunyai ciri elegan dan kelas yang sukar ditafsirkan.

Ia tidak cuma mengenai kemegahan perjuangan bak seorang pahlawan, tetapi di zaman itu juga mempunyai elemen fesyen yang menarik dan saya sangat suka dengan tema ini yang mana bagi saya, ia penuh dengan gambaran bak berada di Rome di zaman itu.

Saya juga gemar untuk gambarkan penggayaan busana ala Gladiator di zaman itu yang menyaksikan bagaimana kaum wanitanya mempunyai citarasa yang elegan dalam busana mereka, terutama penggayaan bak seorang puteri raja.

Cuma, bagi membezakan dan menyesuaikan dengan peredaran zaman, saya tampilkan inovasi fesyen dalam tema itu di dalam setiap rekaan koleksi ini menggunapakai kreativiti dan keunikan sentuhan Bianco Mimosa itu sendiri”

Bianco Mimosa - Koleksi Neo Gladiator

Bianco Mimosa - Koleksi Neo Gladiator

Bianco Mimosa - Koleksi Neo Gladiator

Merangkumi gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket dan busana lain, 10 koleksi terbaru Neo Gladiator ini boleh didapati dalam sentuhan formal ala New Rendition.

Untuk koleksi kali ini juga, seperti mana lazimnya jenama Bianco Mimosa yang gemar menggunakan fabrik yang dimport dari luar negara, Neo Gladiator juga dihasilkan dalam kemasan fabrik dari luar terutamanya dari Eropah.

Meski diimport, namun teknik rekaan dan buatannya diinspirasi dan direka sendiri oleh Dato Ida dengan kebanyakan fabrik adalah daripada jenis sutera yang mana, istimewanya, helaian fabrik yang dihasilkan adalah daripada Cocoon (kepompong) ulat sutera yang terbaik dan terpilih.

Sebagaimana fabrik, perincian yang menjadi bayangan memukau pada setiap koleksi ini juga adalah direka khas oleh Dato Ida yang banyak menggunakan batuan Swarovski dan juga manik terpilih hasil buatan tangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Neo Gladiator dari Bianco Mimosa, anda boleh layari ;-

Laman Web – http://biancomimosa.com/
Facebook – https://www.facebook.com/bianco.mimosa/
Telefon – +603-61450029 / +6012-7555407

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Bianco Mimosa Tampil Dengan Koleksi Neo Gladiator

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *