April 26, 2024

honor 8 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1699

Majlis Pelancaran honor 8 bagi pasaran Malaysia
honor Malaysia telah melancarkan honor 8 secara rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1699.

Ia merupakan telefon pintar terkini yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan generasi muda digital masa kini.

Majlis pelancaran telah diadakan di Connexion Nexus, Bangsar South menjadikan Malaysia antara negara terawal melancarnya selepas majlis pelancaran global yang berlangsung di Paris beberapa minggu lalu.

honor 8 Malaysia

honor 8 menampilkan rekabentuk ‘versatile’ yang berkilau diselaputi kaca depan dan belakang, menyerlahkan ‘trendy’ digital masa kini.

Ini menjadikan ia sesuatu yang menarik pada honor 8 ini, dimana pantulan cahaya yang dihasilkan pada 2.5D glass dan logam pada belakangnya yang mampu memukau pandangan mata anda.

honor menekankan kepada rekaan astetik berasaskan kepada Aurora yang menawarkan pantulan cahaya berbeza mengikut pandangan dari sudut berbeza.

Majlis Pelancaran honor 8 bagi pasaran Malaysia

honor 8 dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD 1080P yang dikuasakan oleh HiSilicon Kirin 950 bersama RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan 32 Gigabyte.

Sokongan kad MikroSD pula sehingga 256 Gigabyte.

Slot kad MikroSD ini berkongsi dengan slot SIM bersaiz nano. Berbeza dengan model terdahulu, Honor 8 menyokong dua SIM bersaiz nano.

Ia mampu berfungsi dengan baik untuk pelbagai aplikasi ‘multi-tasking’ di telefon pintar.

Selain itu, bateri 3000mAh disokong dengan ‘Smart Power 4.0’, memberikan jangka masa penggunaan yang lebih lama berbanding sebelumnya dengan kelebihan mengecas yang pantas.

Majlis Pelancaran honor 8 bagi pasaran Malaysia

Ia dilengkapi dengan dwi lensa kamera hadapan untuk penghasilan mutu gambar 8MP yang berkualiti sesuai untuk ‘kaki selfie’.

Keistimewaan dwi lensa belakang gabungan lensa monokrom dan warna 12mp juga menjamin kualiti gambar ‘crystal clear’ dan bertenaga dalam setiap suasana sama ada ‘Low Light’ mahupun ‘Potrait Mode’.

** Sedang Dikemaskinikan **

Harga honor 8 di Malaysia

Honor 8 Exquisite Beauty, Ultimate Power

Terdapat 2 variasi harga honor 8 yang terdapat dipasaran Malaysia iaitu telefon pintar dengan ‘storage’ 32GB berharga RM 1699.00 dengan pilihan warna ‘Pearl White’ dan ‘Midnight Black’.

Manakala 64GB berharga RM 1899.00 dengan warna ‘Sapphire Blue’ dan ‘Sunrise Gold’.

Mana satu pilihan anda?

Anda boleh memiliki honor 8 bermula pada 8 September 2016 melalui rakan niaga e-commerce Honor Malaysia iaitu Vmall Malaysia dan Lazada Malaysia. Jika anda bukan ‘online shopper’ anda juga boleh dapatkannya di ‘retail partners’ DirectD dan SenHeng Malaysia.

Beli : honor 8 64GB + FREE SS Band & Casing (berharga RM498).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “honor 8 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1699

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *