March 29, 2024

Salah Ke Sara Keluarga Dengan Hidup Sebagai Seorang Blogger

Theseplay - Gambar Keluarga Bro Framestone & Iera Kan
Entah, apa sebenarnya masalah mamat / minah ini (bukan mamat /minah dalam gambar nie, itu gambar aku sekeluarga).

Sanggup gelar aku sebagai penipu, menipu pembaca blog aku, dengan menyatakan aku gunakan duit haram untuk menyara keluarga melalui pendapatan yang aku dapat dari blog.

Siapa jatuhkan hukum duit dari blog adalah haram?

Memang aku akui, kadangkala duit yang diperolehi dari blog boleh jadi haram. Bergantung dari sumber dan cara kau perolehinya. Kau sendiri boleh tententukan dan fikir sendiri mana yang haram, mana yang tidak.

Tak kan kau jahil sangat sampai tak boleh bezakan?

Memang duit yang aku perolehi cukup-cukup untuk sara keluarga aku. Cukup-cukup, kadangkala tak cukup. So jangan la anggap aku sebagai blogger ini mempunyai duit untuk join skim MLM korang walaupun korang sendiri menafikan ianya MLM.

Aku tipu, atau korang sendiri yang menipu.

Tak perlu rasanya nak mempertikaikan kenapa aku tak de kereta, kenapa aku perlu kerja keras cari duit bayar hutang bank. Nak keluar lepak, pun liat seliat aku nak keluarkan duit (sambil terbayang-bayang pampers & susu anak tengah kritikal di rumah).

Memang korang nampak aku macam kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang.

Sedangkan kenyataannya, aku kais pagi tunggu 2-3 bulan baru dapat makan. Maka, setiap hari aku kais, xkira pagi petang siang malam untuk pastikan 2-3 bulan mendatang, aku dan keluarga dapat makan.

Pernah sekali aku rasa nak menangis bila berkali-kali dihubungi oleh bank yang berbeza bila tunggakan hutang aku berbulan-bulan tidak terbayar. Hampir terduduk aku, menangis sambil melihat anak-anak aku bergembira tersenyum di depan aku.
Hafiz Mansor - Bagaimana Bankrup Menjadikan Aku Kaya. CoolHijab

Tetapi, aku dapat kekuatan bila berkenalan dengan Hafiz Mansor, pengasas produk CoolHijab yang baru-baru ini menang Gold Medal 2016 Japan Design & Invention Expo (JDIE).

Melalui perkongsian melalui ebook/book – Bagaimana Bangkrup Menjadikan Aku Kaya banyak memberi motivasi dan kata-kata semangat untuk aku bangkit semula.

Aku Berblog Sejak Tahun 2006

Aku berblog sejak zaman student lagi, dibawa hingga aku berkerja kerajaan dan berhenti untuk mencari sesuatu yang lebih mencabar dan mencari orang yang lebih menghargai kebolehan yang aku miliki.

Waktu itu, pendapatan bulanan membolehkan aku membeli aset satu persatu.

Nak beli rumah, aku tak beberapa nak mampu, dah la tiada sesiapa nak guide aku. Kalau tidak waktu itu aku dah start beli rumah (harga rumah waktu itu lebih murah dari harga sekarang).

Korang, kalau rasa nak beli rumah dalam masa terdekat. Boleh dapatkan Tip Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah.

Bila dah ada rumah, boleh berkira-kira buat duit dari rumah yang sedia ada, kemudian beli rumah lagi, lagi dan lagi.

Kalau korang tak tahu macam mana caranya, korang boleh dapatkan Tip Sewaan Rumah. Secara tidak langsung membantu anda memoptimumkan pendapatan yang anda boleh perolehi dari rumah yang bakal anda sewakan.

Berbalik pada pendapatan yang aku perolehi sekarang dari blog.

Maaf, jika aku jarang up status atau memuat naik gambar di facebook atau instagram mengenai aset yang aku ada sekarang.

Bukan apa, dah ramai rakan-rakan blogger sedang diperhatikan dan perlu menghadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Apa-apa benda yang korang kongsikan boleh dijadikan bahan bukti pada mereka.

Ada seorang blogger sudah berkongsikan pengalaman beliau sendiri dengan LHDN, siap kongsikan beberapa tip melalui ebook Aku Diusha Lembaga yang mampu membantu korang sebelum atau sewaktu dijemput menghadap LHDN.

Nampak je aku tiada kereta.

Tetapi aku memiliki ladang getah yang mampu memberi sedikit hasil sebelum aku memiliki ladang kelapa sawit, tidak lama lagi.

Nada Alam Mantin By Seri Pajam Development

Dalam masa yang sama, aku memiliki beberapa tanah lot di Pulau Pinang, Johor dan juga di Melaka. Ada yang juga yang sudah didirikan rumah diatasnya.

Cuma ada satu tapak di Melaka, bakal aku dirikan hotel tidak lama lagi.

Ok, itu baru aset yang aku miliki. Belum lagi sembang aset yang dimiliki oleh isteri aku. Tapi dia jenis low profile, tak suka tayang-tayang.

Pandai dia uruskan duit, dapat buat itu ini.

Memang aku kenkadang jeles juga dengan dia. Ye la, muda-muda lagi dah kahwin, dah ada anak siap miliki beberapa aset atas nama dia sendiri.

Memang aku jeles, jeles sengat.

Tetapi alhamdulillah, aku tersenyum bila anak aku Nur Elfisha datang berlari-lari atas papan SAIDINA. Habis berterabur rumah dan hotel. Duit, takyah cakaplah, habis berteraburan satu rumah. Mahu tak panas isteri aku bila tengok rumah bersepah.

So, aku sebagai seorang lelaki kutip semua dan masukan dalam kotak. Then simpan dalam bilik stor.

Pengajaran : Jangan korang ada perasaan jeles atau iri hati dengan pasangan hidup korang. Sebab anak korang lagi jeles dan iri hati bila tengok korang bermain sampai abaikan mereka yang masih inginkan perhatian anda.

Penafian : Artikle ini hanya imaginasi nakal penulis semata-mata nak korang baca dari awal hingga akhir. Harap tiada lalat melalat disini.

Sekaligus menjadikan ia sebagai koleksi Luahan Hati Seorang Blogger – Part 47

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Salah Ke Sara Keluarga Dengan Hidup Sebagai Seorang Blogger

  1. sampai episod 47 luahan hati tu.. hehehe

    anyways.. rejeki Allah ni luas. carilah dimana saja asalkan kita usaha dan ianya halal serta tidak memudaratkan dan menyusahkan diri dan org lain.

    semoga lebih berusaha

  2. Hampehh.. Main saidina rupanya. Hahaha.

    Blogger pun bekerja. Satu kerjaya. Sama macam pekerjaan-pekerjaan lain jugak. Tak perlu sampai kata duit daripada blog ni haram.

    Mungkin ramai tak tahu atau masih kurang faham dengan jelas cara blogger bekerja untuk cari duit belanja.

  3. tak salah pun..ok je..tapi sampai satu masa kena ada juga steady income contohnya bisnes..nanti dah tua mana larat nak blogging dah..pegi event bagai sana sini..tak gitu..at least sediakan dulu recurring income untuk future..:D

  4. kalo ku tahu ku baca dulu komen di bawah…haoi terjebak gak baca sampai abis. walao apa pun saya doakan en bro dapat seperti apa yang diinginkan diatas tadi….ameeen

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *