Gillette Mach3 Baru – didatangkan dengan bilah pencukur yang lebih tajam dan jalur pelincir dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran dan kulit yang hebat.
Kini, anda tidak perlu risau kulit anda terjejas dengan kesan kemerahan dan kerengsaan selepas bercukur, terutama apabila bercukur dengan pencukur pakai buang biasa.
Tidak dapat dinafikan kesan cukuran yang meninggalkan kesan pada kulit mampu menjejaskan penampilan. Secara tidak langsung memberi kesan kepada keyakinan diri bila tampil dikhalayak awam.
Dengan rangkaian Mach3 terbaru dari Gillette, ianya kini bukan lagi masalah.
Melalui tahap inovasi yang dipertingkatkan, ianya mampu memberikan hasil cukuran dan kulit yang hebat, walaupun pada cukuran yang ke-10.
Ciri Utama Gillette Mach3:-
- Bilah lebih tajam yang menggunakan daya potongan yang lebih rendah, memberikan pengalaman bercukur yang lebih selesa dan mengurangkan kerengsaan dan kesan kemerahan selepas bercukur.
- Teknologi salutan bilah pencukur yang maju, Teknologi Thin Uniform Telomer (TUT) memberikan kekuatan yang tinggi kepada bilah pencukur yang halus dan mengurangkan daya potongan. Setakat ini, teknologi ini hanya boleh didapati pada Mach3® Turbo.
- Bar gel yang dipertingkat kini 30% lebih lebar, direka untuk sentuhan yang lebih baik dengan kulit, dan mengandungi lebih “pelincir pengalas” untuk memberi pelinciran dan luncuran yang lebih baik.
Rangkaian Gillette Mach3 yang baru mendapat manfaat daripada 7 ciri-ciri tersebut :-
- Pisau 3 bilah – dimana bilah pencukur pertama mampu menark rambut keluar dari folikel kulit untuk membenarkan dua bilah pencukur yang lain mencukur rambut hingga ke akarnya.
- Pemegang spring individu – melaraskan tekanan pencukuran dan jenis kulit yang berbeza untuk memberi pengalaman bercukur yang selesa.
- Pelindung kulit – ianya lembut dan fleksibel untuk melicinkan kulit sebelum dicukur.
- Pengalihan daya – berbeza dengan pisau cukur pakai buang, ianya mempunyai pangsi hadapan untuk mengalihkan daya agar menjauhi bilah pencukur.
- “Open architecture” – memudahkan katrij dibilas dan dibersihkan.
- Pemegang Gillette Mach3 yang ergonomic memberikan pegangan dan kawalan yang kukuh, walaupun dalam keadaan basah.
- Sistem cantuman tunggal – menghubungkan pemegang kepada katrij bilah pencukur berputar dengan mudah, lalu menempatkan katrij ke atas kulit dengan selesa.
Apa Kata Fahrin Ahmad tentang Gillette Mach3?
Fahrin Ahmad setuju bahawa penampilan yang menarik dengan kulit yang hebat boleh meningkatkan keyakinan.
Beliau baru-baru ini berkongsi pengalaman beliau mengenai kepentingan menjaga penampilan terutama bagi mereka yang bercukur setiap hari seperti beliau.
Banyak faktor perlu dititik beratkan sewaktu mencukur, antaranya keadaan kulit dan penggunaan pisau pencukur yang bersesuaian. Supaya hasil cukuran nampak lebih kemas dan keadaan kulit pula tidak terjejas.
Fahrin juga telah berkongsi tip mencukur sambil mencukur dikhalayak tetamu yang hadir bersama 2 orang tetamu bertuah.
Menurut beliau,
“Kita perlu mendapatkan pisau cukur yang sesuai untuk hasil yang terbaik. Apabila anda memulakan hari dengan kulit yang hebat, minda anda juga akan fokus untuk melakukan perkara yang hebat”
Rangkaian Mach3 terdiri daripada :
- Gillette Mach3 (RM15.90)
- Gillette Mach3 Sensitive (RM17.90)
- Gillette Mach3 Turbo (18.50)
Anda kini boleh mendapatinya di semua cawangan jualan utama bermula Ogos 2016.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari :
Laman Web : www.gillette.com
Facebook : www.facebook.com/GilletteMalaysia
Bicara Bro : Nampak berserabut la pula.
Balik nanti, nak cukur menggunakan Gillette Mach3 Baru supaya cukuran lebih kemas dan berkeyakinan selepas bercukur.
selalu guna untuk cukur misai aje
boleh la try yang jenama nih nanti.
selalu guna gillete murah aje.
haha
Tang lain, xcukur ke?
Cantik design Gillete Match 3 baru ni..i like it.. ;)
Boleh dapatkan nanti ;)
Dulu pakai pisau cukur tetapi sebab tergesa-gesa mencukur waktu pagi nak pergi kerja. Sekarang ini ini beralih pisau cukur dikuasakan bateri. Masalah berdarah tidak ada lagi. :)
Kadangkala pakai juga pisau cukur berkuasa bateri, Cuma… kenkadang terlupa dekat mana letak charger dia he…23x (waktu itu, bateri pencukur dah habis)
Saya biasa berxukur seminggu sekali biar nampak rapi tu wajah …
Saya dulu pkai yang kuning tu, tapi lepas pkai yang ni smooth je. Lancor je org cakap.