April 26, 2024

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Reopen
Untuk pengetahuan anda semua, EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya telah kembali beroperasi.

Peluang ini Bro tidak lepaskan dengan mengajak beberapa orang rakan / kenalan untuk datang dan merasai sendiri pengalaman yang menyeronokan di sini.

Alhamdulillah, dapat kumpul beberapa orang kawan yang berminat untuk mencuba sesuatu yang ekstrem di EnerZ selepas membaca artikle di blog ini.

Nampak tak bertapa terujanya mereka bila datang ke sini.

**** Sedang Dikemaskinikan ****
EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi
Mempunyai keluasan 80,000 kaki persegi, EnerZ Indoor Extreme Park menjadikan ia salah satu di antara Indoor Extreme Park yang terbesar di Asia.

Kebanyakan aktiviti disini sesuai untuk pelbagai peringkat umur yang gemarkan aktiviti extreme dan adventure.
EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi
Di EnerZ, bukan setakat ada Trampoline, bahkan mereka juga menawarkan Foam Pit, Dodge Ball, Air Bag, Sky Ropes, Wall Climbing, Gut Builder untuk kanak-kanak dan juga basketball dan badminton court!

Terkini, EnerZ menambah tiga platform baru yang lebih mencabar, iaitu Gladiator, Meltdown dan Ninja Warrior.

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi

Jom Menang Samsung Galaxy Note 7

EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Reopen
Alang-alang dah sampai ke sini, rugi pula tak sertai contest selfie ini.

Mudah sahaja untuk sertai dan anda mungkin boleh memangi Samsung Galaxy Note 7 dengan hanya mengambil selfie di EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya.

Tarikh tutup penyertaan pada 16 Oktober 2016.

Tiket Masuk EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya

OFF PEAK (3 jam / weekdays)

Universal Pass : RM39.00
Universal Pass + Return Ticket Special : RM 49.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM117
Group of 8 Passes: RM240 (RM30 each)
Group of 20 Passes: RM560 (RM28 each)

PEAK (2 jam / weekends, public holidays, school holidays)

Universal Pass : RM46.00
Universal Pass + Return Ticket Special : R59.00
Family Pass / 2 dewasa + 2 kanak-kanak: RM138
Group of 8 Passes: RM288 (RM36 each)
Group of 20 Passes: RM680 (RM34 each)

Sumber : ieyra.com – Minah ini jalan kaki dari LRT Taipan ke EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya. Katanya dalam 1KM lebih je jaraknya.

Kalau rasa, tak larat nak jalan kaki. Boleh spend duit dengan menaiki pengangkutan awam ke sini.
EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Reopen
Lebih berbaloi datang ke sini bersama rakan-rakan, boleh dapat harga lebih murah.

Bagi anda yang ingin mencuba, anda boleh dapat ke alamat dibawah ini. Just Waze sahaja EnerZ Indoor Extreme Park.

EnerZ Indoor Extreme Park
Lot 791, Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, Selangor
Tel: 011 1500 0066
Website: www.enerz.my
Facebook : https://www.fb.com/EnerZIndoorExtremePark/! Instagram : @enerz_extremepark

Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat – 2pm hingga 10pm
Sabtu – 10 am hingga 10pm
Ahad – 10am hingga 7pm
Public/Scholl holiday – 10am hingga 10pm

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “EnerZ Indoor Extreme Park, Subang Jaya Kembali Beroperasi

  1. Mmg sgt seronok layan indoor extreme sport di EnerZ ni… jiwa remaja muncul kembali. Kompem akan dtg lagi… beriadah santai sekeluarga pun syok. Thanks invite bro… jadi gian nak smackdown nie… best!!! :)

  2. Den pernah p kat sini, main laluan berhalangan kena naik tangga naik atas. Kalu badan tak fit dinasihatkan jangan la naik. Den sangkut kat perut wak segan perut je hehe.

Leave a Reply to Niken Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *