April 20, 2024

Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop
Malam tadi, Bro berkesempatan untuk menyaksikan persembahan teater yang bertajuk “Jalud” yang dipersembahkan oleh Tronoh Theatre Shop di Auditorium Komples JKKN Wilayah Persekutuan.

Kebanyakan daripada tenaga produksi terdiri dari adik-adik Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Ini merupakan tahun kedua, Bro support mereka.

Tahun sebelum ini, mereka telah mementaskan teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong. Di mana, mereka telah menjayakan 2 teater dalam satu malam.

Terbaik.

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop

Bukan senang mereka nak turun ke KL untuk mengadakan persembahan. Selalu buat dekat UTP sahaja, jauh pula nak ke sana.

Sebelum, korang layan story dan gambar-gambar di bawah, apa kata korang pergi menonton teater ini malam ini juga. Sebab malam ini merupakan malam terakhir mereka buat persembahan di KL.

Kalau tidak, korang terpaksa tunggu yang tahun depan punya.

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop
Amir dan patungnya, Jalud.

Watak dibawa oleh Hanizam & Aizuddin. Kedua-duanya pernah menerajui teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong pada tahun lepas.

Suka dengan lakonan mereka.

Tak lama lagi, mereka bakal habis belajar. Moga bila sudah berkerjaya nanti, ada platform untuk mereka mengembangkan bakat yang ada.

Entah-entah jadi pelakon / artis macam rakan-rakan teater yang Bro kenal sebelum ini. He…23x ok Amin.

Sinopsis Teater Jalud

Teater horor komedi yang mengisahkan Amir, seorang “ventriloquist” yang telah kehilangan kerjanya.

Patungnya, Jalud yang selama ini menjadi sumber pendapatannya di dapati mula menghantui jiwa Amir. Bibik, orang gaji Amir juga telah terbunuh.

Perhubungan Amir dengan isterinya mula renggang dengan kehadiran Zaid, kawan karibnya yang di syaki mempunyai hubungan sulit dengan Farah, isteri Amir.

Saksikan kesudahan cerita yang berunsurkan komedi thriller ini.

Gambar Pementasan Teater Jalud

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop

Teater Jalud by Tronoh Theatre Shop

Ingat, malam ini merupakan malam terakhir persembahan mereka di KL. So jangan lepaskan peluang ini, dan beri sokongan kepada adik-adik ini.

Teater Jalud
20 – 21 Mei @ Auditorium Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan
Masa : 8.30 Malam

Tiket : RM15 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak)
Boleh walk-in atau untuk tempahan, boleh hubungi Saudara Hazziq 014-588 9036

Teater Jalud by Tronoh Theater Shop
Bersama orang kuat Tronoh Theatre Shop – Dr. Shark dan juga Ash Si Mimer (Best persembahan mamat ini – Nanti Bro story pasal mamat nie ek).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Teater Jalud oleh Tronoh Theatre Shop di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan

Leave a Reply to kereta sewa shah alam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *