April 19, 2024

Tanpa Skill Photography, Gambar Yang Diambil Bernilai RM300 Sekeping

Bloggers Poolside BBQ Party
Zaman kini, ramai yang berkemampuan mempunyai kamera DSLR sendiri. Paling tidak, kamera compact ataupun memiliki kamera bertelefon (telefon pintar).

Walaupun tanpa skill mahupun ilmu photography yang tinggi, sesiapa sahaja boleh menjadi “Photographer”.

Baby Fisha dan DSLR Nikon D5100
Anak gua pun boleh ambil gambar guna DSLR (Walaupun tak semua gambar menjadi).

Dengan sedikit applikasi filter, anda mampu menghasilkan gambar yang menarik dan memukau kalbu. Sekali up di facebook / instagram mahu mendapat beratus like.

Lagi-lagi gambar sendiri (selfie) dengan menyerlahkan aset tersendiri he…23x

Tahukah anda,

Ada pihak walaupun tidak memiliki skill photography yang tinggi, tetapi mereka mampu mengambil gambar yang bernilai RM300 sekeping.

Skill Photography Gambar Bernilai RM300 Sekeping

Pelik, tapi benar.

Walaupun gambar yang diambil hanya kenderaan dan bukannya model yang mengiurkan (tetapi ada juga kereta yang mengiurkan, siapa cakap tiada). Posisi mengambil gambar pula lebih kurang sama, tetapi mampu menyerlahkan no pendaftaran kenderaan yang terlibat sama dalam sesi photography ini.

Tapi selalunya, anda tidak menyedari bila gambar ini diambil.

Tau-tau je, ada sampul surat dihantar ke alamat rumah (alamat yang didaftarkan pada geran kereta) dimananya didalamnya ada gambar yang diambil beserta “invoice” yang perlu anda jelaskan.

RM300…!!!!

Jika tak mampu nak bayar, anda boleh buat rayuan untuk kurangkan atau jika anda bernasib baik, mereka akan anjurkan kempen yang membolehkan anda menikmati diskaun yang ditawarkan.

Sekiranya anda mempunyai kabel, anda boleh….

..

.

Tak berani nak cakap he…23x Tetapi jangan pula anda tak nak bayar pula. Ingat senang ke dorang nak ambil gambar yang bernilai RM300 ini. Bila zaman sekarang, ramai lebih tertarik dengan “Photo Booth AES” yang dipasang di kawasan yang berisiko.

Pengalaman Ambil Gambar Awek Singapura

Walaupun gambar yang mereka ambil bernilai RM300, gaji dorang bukannya gempak sangat.

Begitu juga dengan photographer di luar sana. Tak kisah yang profesional mahupun yang buat secara freelance. Bunyi je FREElance, tak semestinya khidmat dorang adalah FREE.

Bayar tetap bayar.

IKLAN : Tahukah anda fotografi ialah satu hobi yang sangat menguntungkan?

Anda bayangkan dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda akan mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Bagaimana?

Jemput baca pendedahannya dalam Panduan Memulakan Bisnes Fotografi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Tanpa Skill Photography, Gambar Yang Diambil Bernilai RM300 Sekeping

  1. Alamak…. Memang betullah ada petugas yang suka ambil gambar kenderaan sekeping berharga RM300…
    Itu baru sekeping.. Kalau berkeping-keping… ;)

Leave a Reply to huda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *