April 25, 2024

Filem Adaptasi Dari Buku Popular di Indonesia – My Stupid Boss

My Stupid Boss - Filem Adaptasi dari Indonesia
Filem “My Stupid Boss” merupakan filem yang diadaptasikan dari buku popular dan terlaris di Indonesia yang berjudul My Stupid Boss (MSB).

Karya tulisan Chaos@work digarap dari 4 jilid penerbitannya yang mula diterbitkan pada 2009 menjadi satu cereka yang sarat dengan elemen komedinya.

Filem ke-15 terbitan syarikat dari Indonesia, Falcon Pictures ini pertama kali berkolaborasi bersama pelakon Malaysia dan penggambarannya adalah 100% diadakan di Kuala Lumpur.

Menampilkan pelakon berkaliber seperti Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian dan Alex Abbad.

My Stupid Boss - Filem Adaptasi dari Indonesia

Menjalani tempoh penggambaran selama 25 hari di Malaysia bermula Oktober tahun lalu sudah pasti tidak terlepas menggunakan khidmat pelakon tempatan yang dipilih berdasarkan bakat dan populariti mereka.

Antaranya seperti Atikah Suhaimie, Bront Palarae, Chew Kinwah dan Iskandar Zulkarnain.

Sinopsis Filem My Stupid Boss

My Stupid Boss - Filem Adaptasi dari Indonesia

Filem ini mengisahkan tentang Diana (Bunga Citra Lestari) yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia.

Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara.

Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan.

Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain.
My Stupid Boss - Filem Adaptasi dari Indonesia
Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara. Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu 'Bossman Always Right'.

Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya.

Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman.


Layan trailer dulu.

Filem ini akan ditayangkan serentak di empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula 19 Mei 2016.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Filem Adaptasi Dari Buku Popular di Indonesia – My Stupid Boss

Leave a Reply to Muhammad Khairuddin Lim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *