March 29, 2024

Buku Biografi Rosyam Nor – Impian Jutawan Budak Setinggan

Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan.
Dato Rosyam Nor melalui anak syarikatnya Suhan Publication telah melancarkan buku biografi tentang diri beliau iaitu “Rosyam Nor – Impian Jutawan Budak Setinggan”.

Majlis pelancaran ini telah diadakan di Nexus Bangsar South dimana turut dihadiri oleh ahli keluarganya serta mereka yang banyak membantu beliau selama ini termasuk Datuk Yusof Haslam.

Pada majlis tersebut,

Beliau tidak lokek bercerita tentang kisah kehidupan beliau sekeluarga sewaktu hidup setinggan di Kampung Kerinchi yang kini lebih dikenali sebagai Bangsar South.

Tiada setinggan disini, bahkan tapak rumahnya juga telah didirikan masjid diatasnya.

Walaupun ramai orang kenamaan yang hadir pada majlis ini, Dato Rosyam Nor memilih ibunya sendiri untuk merasmikan buku biography beliau.

Ini kerana, ibunya telah banyak berkorban untuk membesarkan mereka adik beradik. Beliau juga sedar selama ini, ibunya juga banyak berkorban untuknya terutama sewaktu beliau ingin mendirikan rumah tangga.

Waktu ini, ternampak Rosyam Nor sebak sewaktu bercerita (Bro pulak sebak, sewaktu menulis artikle ini).

Beliau sempat berkata, “Mesti arwah ayah bangga bila melihat kejayaan mereka hari ini”.

Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan

Pada majlis ini,

Isterinya, Datin Runika Mohd Yusof juga turut menerima senaskah buku keluaran beliau. Ia sebagai tanda penghargaan buat isterinya yang selama ini sentiasa berada disisi beliau.

Tidak lupa juga kepada 5 orang anak perempuan beliau.

“Buku ini gabungan dua dalam satu iaitu biografi dan motivasi. Antara mesej utama yang ingin saya kongsikan ialah memberitahu pembaca bahawa kehidupan ini boleh diubah andai ada kemahuan yang tinggi”

Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan
Dato Yusof Haslam dan Mr. Panchacharam, antara orang yang banyak membantu menaikkan nama Rosyam Nor selama ini.

Beliau mengambil masa hampir 2 tahun untuk menulis buku ini. Ia diterbitkan oleh Suhan Publication, yakni syarikat penerbitan beliau yang baru ditubuhkan pada awal tahun ini.

Dalam buku ini,

Hampir menceritakan 40% rahsia kehidupan peribadi beliau dari budak setinggan hingga menjadi jutawan yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang ingin bangkit semula dari kejatuhan.

Buku ini, dijual pada harga RM24.90 (Semenanjung Malaysia) & RM26.90 (Sabah / Sarawak) dan boleh didapati di semua cawangan MPH seluruh Malaysia, EMAG Book Distributors dan Hasni Book Store.

Iklan : Jangan lupa untuk dapatkan buku ini di booth Suhan Publication sewaktu Pesta Buku Antarabangsa di MAEP, Serdang bermula 29 April – 9 Mei 2016.

Anda mungkin menjadi pemenang bertuah untuk memenangi hadiah utama seperti pakej umrah, percutian ke Bandung dan sebuah skuter.

****** Out of Topic ******

Rosyam Nor - Impian Jutawan Budak Setinggan.
Terjumpa pula kenalan blogger sekitar tahun 2008-2010 yang dah tak aktif berblog.

Dari zaman anak dara, sampai dah kahwin. Ini kali pertama kami berjumpa. Terima kasih sebab sudi tegur Bro. Maaf, memang Bro tak perasan tadi.

Tapi bila pandang muka… Terus teringat…

Ini B kan…

Kenapa Bro panggil dia B? Biarlah rahsia he…23x Walaupun ramai blogger pada waktu itu memang panggil di B.

Dan beliau antara insan yang tahu kisah disebalik jatuh bangunnya seorang Bro Framestone (Alamak, tak kan nak kena tulis buku biography juga)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Buku Biografi Rosyam Nor – Impian Jutawan Budak Setinggan

    1. Masyarakat melihat kejayaan beliau tetapi tidak pernah ketahui kepayahan beliau untuk sampai ke tahap hari ini. Lumrah manusia begitu.

  1. Assalammualaikum… bro,

    Rosyam nor adalah heru yang sangat mselim3 suka lakonannya suatu ketika dulu… bersama2 faizal hussien dalam “gila-gila remaja’…

    mselim3

    pls: semoga beliau sukses perniagaannya sekarang… dengan SUHAN…

  2. boleh jadi inspirasi buat anak muda lain. Bukan senang nak berjaya. Mesti ada jatuh bangunnya dulu.,Respek ah Rosyam Nor..

Leave a Reply to Ryemovies Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *