March 29, 2024

Pendaftaran Kemasukan ke UNITEN Bagi Sesi Mei 2016 Dibuka

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Open Day
Berita baik buat adik-adik lepasan SPM / STPM 2015 yang sedang mencari institusi pengajian untuk menyambung pengajian.

Pendaftaran kemasukan ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi sesi Mei 2016 kini dibuka.

Sekiranya anda berminat, jangan lepaskan peluang ini dengan melayari www.uniten.edu.my untuk dapat maklumat lanjut.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Open Day
Baru-baru ini Bro telah pergi ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya untuk menghadiri Open Day yang diadakan di sana.

Kali terakhir Bro datang ke sini pada tahun 2010, atas urusan kerja.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Open Day
Kehadiran Bro di sini, disambut mesra dengan senyuman oleh pelajar-pelajar yang terlibat dalam menjayakan Open Day ini.

Dengar cerita, mereka ini datang dari UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Pahang.

Untuk pengetahuan anda,

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) terbahagi kepada 2 kampus iaitu Kampus Putrajaya & Kampus Sultan Haji Ahmad Shah.
Open Day Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Open Day Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Open Day Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Antara program / kursus pengajian yang ditawarkan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Foundation Programmes
– Foundation in Electrical and Electronic Engineering
– Foundation in Electrical Power Engineering
– Foundation in Mechanical Engineering
– Foundation in Civil Engineering
– Foundation in Computer Science
– Foundation in Information Technology

Undergraduates Programmes
– Bachelor of Civil Engineering (Hons)
– Bachelor of Electrical and Electronics Engineering (Hons)
– Bachelor of Electrical Power Engineering (Hons)
– Bachelor of Mechanical Engineering (Hons)
– Bachelor of Information Technology (Information Systems) (Hons)
– Bachelor of Information Technology (Graphics & Multimedia) (Hons)
– Bachelor of Computer Science (Systems & Networking) (Hons)
– Bachelor of Computer Science (Software Engineering) (Hons)

Postgraduate Programmes
Structure A:
– PhD in Engineering
– PhD in Business Administration
– PhD in ICT
– PhD in Industrial Science
– Master of Electrical Engineering
– Master of Mechanical Engineering
– Master of Civil Engineering
– Master of Information Technology
– Master of Industrial Science

Structure B:
– Master of Electrical Engineering
– Master of Mechanical Engineering
– Master of Information Technology

Structure C:
– Master of Business Administration
– Master of Engineering Management
– Master of Electronics and Systems Engineering ** Open to Malaysians Only
– Master of Communications and Systems Engineering ** Open to Malaysians Only

Yuran Pengajian di UNITEN

Mungkin anda tertanya-tanya mengenai kadar yuran pengajian yang dikenakan di UNITEN.

Di sini Bro sertakan jumlah yuran pengajian yang dikenakan bagi kursus / program yang ditawarkan :

Program Kampus Putrajaya
– Program Asas (Foundation) – RM15,000 – RM17,000
– Program Diploma – RM24,200 – RM26,000
– Program Ijazah Sarjana Muda – RM58,000 – RM75,000

Program Kampus Sultan Haji Ahmad Shah
– Program Asas (Foundation) – RM15,000
– Program Diploma – RM22,000 – RM25,000
– Program Ijazah Sarjana Muda – RM49,000 – RM63,000

Jangan risau, tentang jumlah kos pengajian yang dikenakan.

Pelajar UNITEN turut disediakan pinjaman pendidikan dari beberapa institusi yang mampu meringan beban untuk anda meneruskan minat dalam pengajian yang ingin anda sertai.

Pinjaman PTPTN turut disertakan, bersama-sama dengan Biasiswa / Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Yayasan Tenaga Nasional (YTN).

Terdapat beberapa syarikat besar turut menyediakan biasiswa buat pelajar UNITEN yang berkelayakan.

Hostel juga turut disediakan.

Open Day Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Antara aktiviti yang turut disediakan buat pengunjung yang hadir ke Open Day ini.

Seronok adik-adik ini.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Open Day

Kereta menggunakan tenaga solar ciptaan pelajar disini, turut dipamerkan di pintu masuk ke Open Day UNITEN.

Bagi mereka yang terlepas Open Day tempoh hari, anda masih berpeluang untuk hadir ke Open Day di UNITEN Kampus Putrajaya pada 7 & 8 Mei 2016 ini dari pukul 9 pagi hingga 4 petang

Seperti yang Bro nyatakan sebelum ini, pendaftaran bagi kemasukan Mei 2016 telah dibuka. Anda boleh mula membuat pendaftaran secara online di www.uniten.edu.my.

Tarikh pendaftaran pula pada 21/5/2016 & kelas bermula pada 30/5/2016.

Kampus Putrajaya :-
– Program Asas (Foundation) & Diploma – 21 Mei 2016
– Ijazah – 22 Mei 2016

Kampus Sultan Haji Ahmad Shah :-
– Program Asas (Foundation), Diploma & Ijazah – 21 Mei 2016

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk pada maklumat yang disertakan dibawah ini :-

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Putrajaya Campus, Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor.
Tel : 603-8921 2020
Fax : 603-8928 7166.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Sultan Haji Ahmad Shah Campus,
26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang.
Tel: 609-455 2020
Fax: 609-455 2000

Laman Web : www.uniten.edu.my

UNITEN Share & Win iPad Mini

UNITEN Share & Win iPad Mini
Teringin nak memenangi iPad Mini?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu mengambil selfie dengan gaya sebagai pelajar universiti.

Kemudian layari www.snapUNITEN.com, upload gambar selfie anda tadi serta masukan stamp UNITEN. Save gambar tersebut dan muat naik di laman instagram anda dengan hashtag #iLoveUniten.

Hantar sebanyak mungkin penyertaan anda untuk meningkatkan peluang anda memenangi iPad Mini ini. Contest bermula dari 21 April hingga 20 Mei 2016.

Apa tunggu lagi. Sertai sekarang…!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Pendaftaran Kemasukan ke UNITEN Bagi Sesi Mei 2016 Dibuka

  1. goodluck kepada semua pelajar yang akan mendaftar dan melanjutkan pelajaran di uniten.. mana-mana tempat sama je, yg penting usaha kena gigih.

Leave a Reply to Muhammad Khairuddin Lim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *