April 25, 2024

Hantar Keluarga Mertua di KLIA Untuk Menunaikan Ibadah Umrah

Hantar mertua menunaikan umrah di KLIA
Alhamdulillah, mertua dan adik ipar terpilih untuk menunaikan umrah tahun ini.

Maka kami sekeluarga berkumpul di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk menghantar mereka bersama jemaah-jemaah yang lain.

Dapat juga bergambar satu keluarga.

Kalau tidak, memang tunggu raya je dapat bergambar bersama (ini pun tak cukup korum). Minggu lepas adik ipar convo, Bro pulak tidak dapat sertai.

Hantar mertua menunaikan umrah di KLIA
Ibu dan ayah mertua.

Kalau ikutkan, dah lama Bro tak jejak kaki di KLIA. Selalu jejak di KLIA 2 sahaja.

Maaf reramai yang bising bila tak roger dorang bila datang ke KLIA. Next time Bro roger ek.

Hantar mertua menunaikan umrah di KLIA

Adik ipar Bro yang turut menunaikan umrah kali ini.

Baru 18 tahun umurnya.

Hantar mertua menunaikan umrah di KLIA

Ini pula laki bini,

Yang bajet nak pergi honeymoon dengan check-in di KLIA. Ramai pula yang like dan komen gambar ini di facebook & instagram.

Prank reramai nampakkkkk….!!!

Moga urusan mereka di sana di permudahkan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Hantar Keluarga Mertua di KLIA Untuk Menunaikan Ibadah Umrah

  1. Bestnya tengok orang pergi menunaikan umrah secara beramai-ramai…. semoga satu hari nanti saya boleh bawa ahli keluarga menunaikan umrah bersama…

Leave a Reply to deq noor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *