March 29, 2024

honor 5X Hadir Dengan Rekaan Premium Pada Harga RM899

honor Malaysia lancar honor 5X dan honor 7 Enhance
Baru-baru ini honor Malaysia telah memperkenalkan dua peranti terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu honor 5x dan juga honor 7 Enhance.

Kedua-duanya telefon pintar ini tampil dengan rekaan premium berasaskan kepada logam dan telah mula dijual di pasaran Malaysia pada pertengahan Februari lalu.

Dilengkapi sokongan pengimbas cap jari dan kehadiran kedua-dua peranti ini amat dinantikan oleh peminat mereka di Malaysia.

Hari ini, Bro ingin berkongsikan sedikit review kepada anda semua mengenai honor 5X.

honor 5X – RM899

honor Malaysia lancar honor 5X dan honor 7 Enhance

honor 5x hadir dengan spesifikasi pertengahan, bagaimanapun pihak honor masih mengekalkan beberapa ciri-ciri flagship pada telefon pintar ini.

Ia menggunakan rekaan premium berasaskan kepada logam dan hadir dengan 3 warna pilihan – emas, kelabu dan perak.


Kalau diikutkan, kebanyakkan telefon pintar yang hadir dengan rekaan logam atau lebih digelarkan premium berharga RM2000 dan keatas.

Bagaimanapun honor sebaliknya menawarkan ia pada harga RM899.

honor 5X Review
Tampil dengan skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci.

honor 5x turut dikatakan menawarkan paparan yang lebih terang 15% dibawah cahaya matahari berbanding peranti lain.

Dikuasakan bersama pemproses Snapdragon 615 dengan kapasiti RAM iaitu 2GB (honor 6 tawarkan kapasiti RAM 3GB), memori simpanan dalaman 16GB (menawarkan ruangan storan tambahan menggunakan mikro-SD) dan bateri berkapasiti 3000mAh.

honor 5X Review

honor 5X Review

Selain itu, ia juga hadir dengan kamera belakang 13MP yang hadir dengan pelbagai mod rakaman menarik untuk digunakan sewaktu mengambil gambar.

Lensanya sama seperti yang terdapat pada Huawei P7.

Manakala kamera hadapan adalah 5MP, sesuai untuk mereka yang suka selfie.

honor 5X Review

Boleh menampung 2 kad sim micro pada satu-satu masa.

Sama seperti honor 7 & 7 Enhance, ia turut dilengkapi sokongan pengimbas cap jari bagi kawalan keselamatan selain menggunakan no pin atau fungsi pattern.

Boleh dikatakan honor 5X mempunyai pengimbas cap jari yang lebih pantas dan lebih murah berbanding beberapa peranti flagship lain yang ada di pasaran.

Harga Honor 5X RM899 (Silver / Grey) & RM939 (Gold)

Sekiranya anda berminat, anda boleh layari www.vmall.my untuk membelinya secara online.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “honor 5X Hadir Dengan Rekaan Premium Pada Harga RM899

  1. Boleh mark ni.. Spec menarik… Harga pula berpatutan… Lepas ni rasa dah tak mampu nak beli Samsung atau IPONG… Layan Honor lah pulak…

Leave a Reply to Diland Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *