April 18, 2024

Ulang Tahun ke-80 Coca-Cola® di Malaysia & Singapura

80 Tahun Coca Cola di Malaysia & Singapura

Coca-Cola® kini menyambut ulang tahunnya ke-80 di Malaysia dan Singapura.

Oleh itu, mereka telah mengemukakan strategi pemasaran global barunya, “One Brand” (Satu Jenama), yang menyatukan Coca-Cola, Coca-Cola light® dan Coca-Cola zero®, di bawah jenama ikonik Coca-Cola dalam satu slogan kempen kreatif antarabangsa, “Taste the Feeling ™”.

Ianya telah diumumkan oleh Gill McLaren, selaku Pengurus Besar Coca-Cola Singapura, Malaysia dan Brunei, dan Stephen Lusk, Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola Bottling Investment Group Singapura, Malaysia dan Brunei.

Pendekatan “One Brand” ini menandakan titik permulaan strategi utama pembangunan Coca-Cola yang baru.

Strategi ‘One Brand’:

  • Memantapkan ekuiti global dan tarikan jenama Coca-Cola yang asli merentasi barisan keluarannya, untuk menyatukan keluarga produk-produk Coca-Cola di bawah satu jenama ikonik yang melambangkan minuman terunggul di dunia.
  • Kempen global yang mencerminkan gaya hidup baru – kempen “Taste the Feeling” menggunakan kaedah bercerita dan detik-detik kehidupan untuk menghubungi semua pelanggan di seluruh dunia
  • Memberi tumpuan kepada intipati pengiklanan kreatif Coca-Cola dengan meraikan nikmat pengalaman meminum produk Coca-Cola.
  • Mengutarakan komitmen Syarikat terhadap kepelbagaian pilihan, untuk memberi pelanggan kuasa memilih antara pelbagai produk Coca-Cola yang sesuai dengan citarasa, gaya hidup dan keperluan pemakanan masing-masing.

Slogan “Taste the Feeling™” akan menggantikan “Open Happiness™”, yang telah digunakan dalam semua aktiviti pemasaran Coca-Cola selama tujuh tahun yang lepas.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, sila layari https://TasteTheFeeling.coca-cola.com, atau menyertai pengalaman “Taste the Feeling” melalui hashtag #SyoknyaRasa.

*********************************************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter ! Instagram ! Google+

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Ulang Tahun ke-80 Coca-Cola® di Malaysia & Singapura

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *