March 29, 2024

Pengalaman Aktiviti Water Rafting di Riverbug Gopeng, Perak

Water Rafting Riverbug Gopeng
Ini bukan kali pertama Bro menyertai water rafting.

Selalu jeling-jeling je, cuma kali ini Bro berpeluang mencuba jeram yang terdapat di Sungai Kampar di Gopeng, Perak ini.

Bersama rakan blogger sewaktu menyertai City Blogger Drive kami singgah ke sini sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Water Rafting Riverbug Gopeng
Dikatakan jeram yang terdapat di Sungai Kampar ini, antara jeram yang digemari dan sesuai bagi golongan yang baru ingin mencuba (tiada pengalaman) aktiviti water rafting seperti ini.

Sungai Kampar ini mempunyai 22 jeram berbeza yang terdiri daripada level 2 hingga level 3.

Apa yang Bro dapati, lokasi agak santai dan membolehkan kita menikmati keindahan hutan hujan yang subur dan tenang, Kebanyakan masa dihabiskan dengan alam semula jadi memberi kesegaran kepada anda.

Cuma, bila balik terasa badan lemau semacam he…23x Tak boleh nak hadap kesesakan ibukota.


Dengar cerita ada sorang tue, terpaksa ambil MC pada hari esoknya (Oh, tapi bukan blogger karam yang dihanyutkan oleh arus deras).

Aktiviti Water Rafting di Gopeng, Perak
Aksi paling mendebarkan berjaya dirakamkan.

Sebelum bot yang mereka naiki terbalik dan ada salah seorang blogger dihanyutkan oleh air deras. Bagaimanapun mangsa berjaya Bro selamatkan.

Bro selamatkan?

Selamat ada pengalaman he…23x Alhamdulillah.

Water Rafting Riverbug Gopeng

Muka cuak yang dipamerkan oleh blogger Pinky Momma, macam boleh agak sesuatu bakal terjadi.

Ok, ini gambar beliau sebelum tragedi.

Nampak tak kecuakkan terpamer pada muka beliau. Dengar cerita lepas kejadian itu, beliau nak repeat lagi.

Ok, anytime….

Water Rafting Riverbug Gopeng

Water Rafting Riverbug Gopeng

Nie pulak, muka-muka yang tak boleh nak tengok Bro senang.

Jeles la tue,

Selamat sempat ambil gambar dorang nie menggunakan kamera yang kalis air – Nikon CoolPix S33. Malangnya tak sampai hati nak viralkan muka-muka dorang ini waktu itu.

Water Rafting Riverbug Gopeng
Ini pula, muka Bro tengah cuak (sebenarnya tengah tak cukup tidur. Tidur pukul 1 pagi, kul 4 pagi dah bangun).

Bot yang Bro naiki tak ramai pun.

Gambar diambil di starting point. So memang nampak cuak sikit bila Bro dan pemandu arah je merupakan lelaki dalam boat nie.

Kebanyakan tiada pengalaman.

Ok, Fine…..!!! Kata nak cari pengalaman kan.

Water Rafting Riverbug Gopeng
Tadi gambar cuak.

Ini pula gambar yang mengambarkan betapa seronoknya kami menikmati pengalaman ini.

Water Rafting Riverbug Gopeng
Ini pula gambar kami menikmati keseronokan sebenar aktiviti water rafting (walaupun jeram hanya level 2-3).

Tapi as satu team, kami dapat berkerjasama menempuh kesemua jeram yang ada di sini.

Water Rafting Riverbug Gopeng

Yeah, kami dah berjaya…!!!

Nampak tak muka keceriaan kami. Rasa nak repeat lagi je.

Water Rafting Riverbug Gopeng

Ini pula aksi yang paling Bro minati.

Iaitu berendam dalam air sambil menikmati keindahan alam. Cuma kena pastikan lokasi selamat dan arus tidak deras. Risau, dihanyutkan hingga bot tak dapat nak kejar.

He…23x

Aktiviti White Water Rafting di Riverbug Gopeng Perak

Pengangkutan disediakan di lokasi terakhir.

Terima kasih kepada pihak Honda Malaysia yang sudi menaja dan menganjurkan aktiviti seperti ini untuk kami sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur.

Jika anda ingin menyertai aktiviti water rafting ini, anda boleh hubungi pihak Riverbug melalui maklumat dibawah.

Riverbug Asia (Gopeng, Perak)
19-C, 1st Floor, Jalan Kg. Rawa
31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan

Website: www.riverbug.asia
Facebook: www.facebook.com/riverbugasia

Telefon No:
+6012-3131 006 (Perak)
+6019-8204 921 (Sabah)

Email: book@riverbug.asia

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

27 thoughts on “Pengalaman Aktiviti Water Rafting di Riverbug Gopeng, Perak

  1. Seronok tengok gambar water raftting kat atas tu, tentu banyak kenangan manis bersama blogger-blogger lain. Apa kan daya, hati tak cukup kental lagi nak join rafting ni :(

  2. Assalammualaikum…bro,

    nampak mencabar aktiviti water rafting riverbug nie…. nampak best dan menyeronok kan.. boleh gi nanti nie.

    mselim3

    pls: seronok nyer bro dapat main air..

    1. Dengar cerita Riverbug nak jemput Bro ke sana. Malangnya belum berkesempatan lagi untuk ke sana.

      Teringin juga nak try.

      Dengar cerita ada yang perlu ambil masa 2 hari untuk selesaikan.

Leave a Reply to ummizarra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *