March 29, 2024

Alasan Munasabah Bila Takut Nak Jumpa Doktor Gigi

Takut Nak Jumpa Doktor Gigi
Kalau ikutkan, sebenarnya Bro ada temujanji dengan doktor gigi pada minggu ini. Malangnya, Bro masih belum berkesemapatan untuk berjumpa dengan beliau.

Semuanya gara-gara, gigi paling bongsu nak tumbuh.

Malangnya, lokasi ia tumbuh bukan ditempat yang sepatutnya. Tak pasal-pasal bengkak gusi dibahagian belakang sekali.

Peritnya, sampai susah nak buka mulut.

Kalau ikutkan, Bro tak minat nak pergi jumpa doktoe gigi. Tapi dipaksa oleh puan isteri, maka Bro akur dengan keputusan yang dibuat tanpa kerelaan.

Bro kuatkan hati untuk pergi ke klinik gigi berdekatan dengan rumah.

Terkejut puan isteri bila dapati Bro cepat je balik ke kereta. Dia cakap Bro mengelat, tak nak jumpa doktor gigi.

Sedangkan waktu itu, Bro ambil no giliran then tengok macam ramai je pesakit. Maka Bro cadang nak berjalan ke mana-mana dulu sebelum no bro dipanggil.

He…23x Bijak.. bijak…

Bro sempat pergi shopping di AEON Jusco Rawang then kembali semula ke klinik. Tak sampai 5 minit, no Bro dipanggil. He..23x

Malangnya doktor hanya bagi ubat dulu bagi bengkak surut, then baru boleh cabut gigi yang tidak berkenaan.

Cabut gigi? ok fine… Bye doktor he..23x

Pengalaman Bersama Doktor Gigi

Bro tak tahu apa salah Doktor Gigi pada Bro, sampai Bro takut nak jumpa dorang.

Kali terakhir Bro jumpa Doktor Gigi sewaktu beliau datang beraya di rumah Bro beberapa tahun lepas. Itupun sebab Doktor Gigi itu merupakan rakan sewaktu bersekolah dulu.

He….23x

Kali kedua akhir, sewaktu masih bersekolah. Itupun sebab ada pemeriksaan gigi dan wajib buat. Kalau idak…….

Kali ketiga akhir, sewaktu sekolah rendah. Itupun sebab kena cabut gigi susu yang rosak teruk.

Nora Danish selfie sebelum periksa gigiBaru-baru ini, puan isteri tanya bila nak cabut gigi.

Bro cakap la, xde duit (lagipun tempoh hari agak terkejut juga tengok harganya). Bila melibatkan pakar, harga agak…

Tak percaya boleh baca artikle oleh Hafiz Rahim ini.

Then Bro kena perli dengan puan isteri, “Cakap je la, awak takut kena cabut gigi”. Ok fine he…23x

Kenapa Nora Danish pergi jumpa doktor gigi tak ajak Bro.

Kalau tidak, pasti ada kekuatan dalam diri Bro untuk berjumpa doktor gigi. Kalau Nora Danish teman, mahu relakan je doktor cabut gigi ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Alasan Munasabah Bila Takut Nak Jumpa Doktor Gigi

    1. Apa yang jadi? Doktor bagi ubat tahan sakit. memang boleh tahan sakit. Doktor suruh cabut, tapi saya taknak. Takut! Doktor cakap, baik cabut dari awal sebab dia baru nak tumbuh, bila dia dah panjang sok, memang lagi sakit nak cabut. Saya dengar je, dan sampai sekarang saya tak cabut. hahaha.

      gigi geraham bongsu atas tumbuh normal, tapi bila dah panjang, dia akan bergesel dengan pipi yang mana akan menyebabkan pipi boleh terluka.

      gigi geraham bongsu bawah pulak, tumbuh senget! bila dia panjang, dia akan rosakkan gigi depan dia..ish!

    2. baru je berlaku..bulan 12/2015. Sekarang pun, kalau makan makanan yang keras sikit, memang sakit la gigi geraham tu. sebab dia baru nak tumbuh kan. Kalau masukkan jari, goyang-goyang gigi tu, rasa lembut jer. hahahaha

    1. Share lokasi he….23x Dekat sini xpasti dekat mana klinik gigi kerajaan. Tapi klinik kerajaan sini pukul 7.30 pagi dah penuh… Kalau nk amik no leh la, then g jenjalan. Sebab xde tempat nk duduk… Padat sangat.

  1. mahal memang mahal..tapi sakit dia hui bukan kepalang dibuatnya… doktor cakap kena cabut.. so cabutjerla.. ngilu beb, kalau tampal…. huhu

  2. bro, saya pun jenis takut nak jumpa doktor gigi…tapi kalau dah sakit, saya terjah je…kalau bengkak memang tak leh buat ape bro, dh surut bengkak baru boleh buat…baru2 nih saya tgk kat tv, pasal resdung…orang tu cakap, mulut kita nih, tempat pembiakan bakteria, kalau tak dijaga, bakteria tu akan merayap ke kulit muka, hidung telinga…boleh jadi penyakit. So, sebab itu kita di sunatkan berus gigi setiap kali mandi dan berkumur2 bila berwuduk…harap bro ade kekuatan nak jumpa doktor gigi lepas ni ;)

  3. cakap pasal pengalaman jumpa doc gigi ni, aku pun baru je cabut gigi bongsu bulan lepas.

    mengeletar satu badan ok.

    siap tanya doc, “tak cabut takpe ke?”

    dia kata tak apa, tapi sakit la..

    so aku gagahkan diri gak la.

    berpeluh, mengigil, semua ada la..

    sampai pembantu doc tu siap takut takutkan aku dengan tunjukkan alatan nak cabut gigi depan mata aku..

    haha

    alhamdulillah, satel cabut gigi dengan jayanya ‘walaupun nak keluar air mata aku time tu’

Leave a Reply to haffizuliskandar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *