April 25, 2024

Halen Lam Dilantik Sebagai Presiden Shaklee Malaysia

Halen Lam Dilantik Sebagai Presiden Shaklee MalaysiaShaklee Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan perlantikan Helen Lam sebagai Presiden, Shaklee Malaysia.

Beliau mula menyertai syarikat tersebut pada Januari 2016

Sebelum ini, Helen telah pun bergiat aktif di dalam bidang industri Jualan Langsung melangkaui 20 tahun menerajui bahagian Pemasaran & Jualan di syarikat multinasional.

Tahniah Bro ucapkan diatas perlantikan beliau untuk meneraju Shaklee Malaysia.

Menurut Roger Barnett, CEO kepada Shaklee Corporation.

“Bukan mudah mencari seorang pengurus eksekutif yang mempunyai latar belakang dan pencapaian di dalam industri ini, dengan minat yang amat mendalam membantu memberi impak positif kepada kehidupan orang lain.”

“Kami amat bertuah dengan kehadiran Helen yang mahu menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee dalam membantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.”

Mereka amat teruja untuk melihat perubahan besar terhadap perniagaan Shaklee di Malaysia, tambahan pula kehadiran Helen sebagai Presiden, tentunya akan lebih mengeratkan jalinan hubungan perniagaan kita di dalam keluarga besar Shaklee.

Helen mempunyai pengalaman yang cukup luas sebagai Pengurusan Eksekutif dengan rekod pencapaian cemerlang, berganding erat bersama para pengedar, bagi memacu pertumbuhan yang stabil dalam jangkamasa panjang, di dalam industri jualan langsung.

Sepanjang penglibatan beliau, Helen telah berkareer secara meluas di seluruh Asia Tenggara untuk pertumbuhan kedua-dua pasaran bakal dan sedia ada.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Halen Lam Dilantik Sebagai Presiden Shaklee Malaysia

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *