April 19, 2024

Tony Fernandes Menjemput Anda Sertai #GREEN24


AirAsia meneruskan inisiatif kesedaran alam sekitarnya dengan tema #GREEN24 yang julung kali dilancarkan pada November 2015.

Ianya merupakan gerakan kesedaran alam sekitar 24-jam bagi mendidik dan mempromosi kesedaran terhadap perubahan iklim, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat penerbangan itu di rantau Asean.

Oleh itu,

Pihak AirAsia telah mengeluarkan satu video jemputan khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes menjemput orang ramai untuk menjadi lebih proaktif dalam melindungi alam sekitar dan bumi.

Menurut Tony Fernandes,

“Dirantau ini, tidak ramai tahu mengenai isu-isu yang timbul akibat perubahan iklim. Justeru, kami berpendapat bahawa cara yang terbaik adalah dengan memberitahu orang ramai mengenai isu ini.

Ramai di antara kita tidak menyedari kesan dari ketidaksedaran menjaga alam sekitar bagi jangka waktu panjang, tetapi di AirAsia kami telah melihat kesan-kesan yang timbul akibat perubahan iklim seperti Taufan Haiyan yang melanda Tacloban di Filipina, banjir yang berlaku di serata rantau ini dan perubahan iklim yang ketara semenjak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.

Kita sentiasa menjaga orang tersayang dan kita juga sentiasa mengutamakan mereka dalam perkara-perkara yang ingin kita lakukan. Namun, sudah tiba masanya untuk kita juga mengutamakan bumi kita.

Sudah tiba masanya untuk kita memberitahu dunia supaya menjaga planet ini dengan lebih baik, yang juga merupakan tempat tinggal kita,”

Aktiviti utama #Green24 akan diadakan dari 29 hingga 30 Januari 2016 di seluruh negara di mana Kumpulan AirAsia beroperasi, menjemput masyarakat di seluruh rantau ini menyertai usaha menggalakkan tindakan menjaga alam sekitar di rumah masing-masing, tempat kerja dan negara secara amnya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #Green24 ini dan juga cara bagaimana untuk menyertainya dengan melawat airasia.com/green24

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Tony Fernandes Menjemput Anda Sertai #GREEN24

  1. Bagus inisiatif yang diambil oleh pihak Air Asia ni, dalam orang lain mengejar kemajuan dengan membelakangkan alam semulajadi mereka mengambil langkah yang bijak dengan memulihara alam sekitar

Leave a Reply to paket wisata jogja Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *