March 29, 2024

Makan Malam Pengomen Tegar Blog Deq Noor Bagi Tahun 2015

Makan Malam Pengomen Tegar blog Deqnoor di H Gallery Cafe, Sunway Nexis, Kota DamansaraBaru-baru ini, Bro dan beberapa blogger berkesempatan menikmati makan malam bersama-sama.

Ianya semperna meraikan pengomen tegar di blog www.deqnoor.com bagi bulan Julai – Disember 2015.

Dalam masa yang sama meraikan pengomen tegar sepanjang tahun 2015.

Jika tahun 2014,

Bro menjadi pengomen tegar blog beliau. Adakah tahun 2015 ini, Bro menjadi pengomen tegar juga?

Jeng jeng jeng….!!! Suspen tak?

Untuk pengetahuan anda semua, saudari Deq Noor memang suka buat majlis makan-makan untuk meraikan pengomen tegar blog beliau sejak beberapa tahun.

Malangnya hanya muka sama sahaja yang jadi pemenangnya.

Tapi kebiasaannya, memang muka Bro je memanjang menjadi pemenangnya. Yang lain suka rotate, kejab jadi dan kejab tak jadi.

Cuma kali ini, ada muka baru menyertai kami.

Makan Malam Pengomen Tegar blog Deqnoor di H Gallery Cafe, Sunway Nexis, Kota Damansara

Blogger Noriza aka Momma Vogue – http://www.mommavogue.com/

Makan Malam Pengomen Tegar blog Deqnoor di H Gallery Cafe, Sunway Nexis, Kota Damansara

Isteri kepada blogger Jamar – http://jmr23.com/. Gua syak selama nie, isteri dia kot yang tinggalkan komen di blog Deq Noor.

Makan Malam Pengomen Tegar blog Deqnoor di H Gallery Cafe, Sunway Nexis, Kota Damansara
Rasa macam berat je nak muat naik gambar mamat ini dalam blog bila dapati beliau merupakan pengomen tegar blog Deq Noor sepanjang tahun 2015.

Tahniah Ezad – http://www.ezadskytech.com/ Walaupun dia paling lambat sebab tersesat.

Ingatkan Bro yang paling lambat he…23x

Makan Malam Pengomen Tegar blog Deqnoor di H Gallery Cafe, Sunway Nexis, Kota Damansara

Apa-apa pun, terima kasih Bro dan rakan-rakan blogger ucapkan kepada H Gallery Cafe kerana sudi menyagikan hidangan terbaik buat kami.

Bro pernah tulis review tentang menu yang disajikan di H Gallery Cafe, Sunway Nexis, Kota Damansara.

Di H Gallery Cafe turut disediakan ruang persendirian sekiranya anda ingin mengedakan apa-apa aktiviti di sini. Sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi mereka di :-

H Gallery Cafe
D-GF-03A, Sunway Nexis, No. 1,
Jln PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya

Waktu Operasi : 9am – 11pm

Facebook : www.facebook.com/hgallerycafe
Instagram : www.instagram.com/hgallerycafe

Amaran : Rajinkan diri meninggalkan komen di blog www.deqnoor.com mana tahu anda juga berpeluang untuk merasai pengalaman seperti kami.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Makan Malam Pengomen Tegar Blog Deq Noor Bagi Tahun 2015

  1. Bro, Jamar dengan saya memang pengomen tegar blog deqnoor…tu asyik muka sama je setiap tahun bro…huhu

    Tak sesat la bro…mencari parking yang lama…da la first time datang area Sunway Nexis…waktu malam pula tu…tambah pula saya memang agak lama tak masuk area Kota Damansara ni…pening sikit…kih3

  2. thanks bro & family sudi dtg makan2 haritu… sudi tolong tukarkan tayar yang pancit… sudi tolong bookingkan tempat makan yg best ini…

    jumpa lg 6 bulan akan dtg ye… insyaAllah…^_^

    1. He…23x Macam confirm je lagi 6 bulan kita akan berjumpa….

      Rasa nak bagi can pada orang lain.. Tapi kalau orang lain xnak, terpaksa la bro terima jemputan dari DeqNoor

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *