April 26, 2024

Pelancaran Produk Cereal Caliph – Nutrition For Eyes

Cereal Caliph- Nutrition For Eyes
Pengeluar makanan tambahan kanak-kanak “Jus Caliph” – Syarikat Raffelina Sdn. Bhd. telah melancarkan produk terbaru iaitu Cereal Caliph- Nutrition For Eyes.

Menurut Pengarah Urusan Raffelinna iaitu Muhammad Rafi’e bin Ramli,

Cereal Caliph – Nutrition For Eyes merupakan produk membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan imunisasi tubuh badan kanak-kanak.

Kandungan Cereal Caliph- Nutrition For Eyes

Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk ini ialah Beta Karotena, Susu Kambing dan Maltodekstrin.

Beta Karotena menyediakan 50% Vitamin A yang diperlukan dalam diet. Vitamin A adalah baik untuk penglihatan mata dan memberi imunisasi yang kuat terhadap kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga menghindar daripada penyakit cirit-birit, asma dan demam.

Susu Kambing pula mengandungi kalsium, fosforus,magnesium dan protein yang membantu kanak-kanak menguatkan tulang.

Manakala Maltodekstrin adalah gula kurang manis yang bertindak sebagai makanan tambahan yang menyediakan tenaga dalam badan.

Produk Cereal Caliph - Nutrition For Eyes

Duta Cereal Caliph – Mia Sara & Fynn Jamal

Pada majlis ini, turut diperkenalkan pelakon kanak-kanak popular, Mia Sara dan Fynn Jamal sebagai duta produk Caliph.

Pemilihan Mia dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan kanak-kanak selain merupakan seorang yang matang dan bijak.

Manakala Fynn Jamal pula mempunyai pengaruh yang kuat di laman sosial, lebih-lebih lagi Fynn rajin berkongsi cerita cara dia membesarkan anaknya, Arjuna yang mempunyai penyakit Autisme yang dilihat sesuatu yang menarik untuk diketengahkan.

Bicara Bro : Terkejut bila tau Mia Sara sekarang sudah tingkatan 1.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Pelancaran Produk Cereal Caliph – Nutrition For Eyes

  1. Memang bagus produk Caliph ni terutama cereal ni. Satu option untuk menu breaksfast yang mudah dan berkhasiat. Budak2 mana lah nak makan nasi goreng pagi-pagi. kan..

Leave a Reply to Wijaya Raya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *