March 29, 2024

Ibadat Zakat Mampu “Membersihkan” Harta Dan Jiwa

Pusat Pungutan Zakat
Zakat dari sudut bahasa ialah suci, bersih dan bertambah. Zakat dari sudut istilah ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat yang tertentu.

Sudahkah anda membersihkan harta pencarian dan jiwa anda dengan mengeluarkan zakat?

Pernahkah terdetik dihati anda bila merasakan harta sepencarian anda macam kurang “berkat” walaupun anda memperolehi dari sumber yang halal melalui pekerjaan yang halal?

Jumlahnya banyak, tetapi terasa macam tidak mencukupi walaupun anda sendiri tidak merasa ianya mengalir keluar.

Dalam masa yang sama jiwa anda juga tidak tenteram.

Bila merasakan gaji atau harta sepencarian diperolehi melalui kerja yang hampir lewa atau terasa macam makan gaji buta (kerja tak buat, tapi dapat gaji tiap-tiap bulan).

Dengan mengeluarkan zakat mampu “membersihkan” jiwa dan harta anda dimana ianya akan disalurkan kepada golongan asnaf yang lebih memerlukan.

Terdapat 8 golongan Asnaf Zakat yang akan dapat faedah daripada hasil zakat yang kita keluarkan :-

1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:

  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.

Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Januari 1991 bertujuan mengutip semua jenis zakat harta.

Zakat harta yang menjadi fokus utama PPZ-MAIWP adalah zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat perniagaan, zakat emas, zakat perak, zakat saham, zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada memungut zakat harta di tiga wilayah utama iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat adalah di bawah Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun,

Orang ramai seringkali memandang PPZ-MAIWP dan BAITULMAL-MAIWP sebagai badan yang hanya tahu mengutip dana Zakat tetapi tidak menyalurkan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan.

Masyarakat juga selalu melihat PPZ-MAIWP melakukan peranan KUTIP dan AGIH seluruh Malaysia. Sedangkan PPZ-MAIWP hanya bertanggungjawab melakukan KUTIPAN hanya di Wilayah Persekutuan

Diharapan, tanggapan ini harus diperbetulkan.

Saluran Mudah Untuk Mengeluarkan Zakat

Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP
Kini pengeluaran zakat lebih mudah dimana terdapat beberapa saluran disediakan seperti :-

  • Kaunter PPZ – MAIWP
  • Portal www.zakat.com.my
  • Aplikasi i-zakat pada telefon pintar
  • Kaunter-kaunter PPZ-MAIWP
  • Perbankan Internet
  • Skim Thohir
  • Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP

Kempen Zakat Online & Menang Hadiah Menarik

Kempen Zakat Online

Untuk pengetahuan anda, kini PPZ MAIWP sedang menganjurkan kempen ‘Zakat Online’ yang bermula 15 – 31 Disember 2015.

Anda hanya perlu membuat pembayaran zakat melalui Portal atau i-Zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung untuk melayakkan diri menyertainya.

Untuk maklumat lanjut tentang fungsi PPZWP dan juga MAIWP anda boleh layari laman web :

Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan – www.zakat.com.my
Facebook Fanpage PPZ-MAIWP – www.facebook.com/myzakat/
Pusat Panggilan PPZ-MAIWP (pertanyaan berkenaan pembayaran zakat) talian
1-300-88-5757

Facebook Fanpage Baitulmal MAIWP – www.facebook.com/baitulmal.wp
Pusat Panggilan Baitulmal-MAIWP (pertanyaan berkaitan agihan,bantuan,aduan) talian
1-800-88-5222/ 012-518 3614/ 012-512 7614

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Ibadat Zakat Mampu “Membersihkan” Harta Dan Jiwa

  1. Terima kasih di atas perkongsian info.. selama ni bayar jer zakat melalui potongan gaji… tapi tak tahu pula siapa penerimanya… sekarang ni baru tahu..

  2. Sebagai umat Islam kita diwajibkan berzakat… takkan jatuh papa kedana kakau setakat nak bayar zakat sebanyak 2.5% daripada pendapatan kita setahun..

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *