April 19, 2024

Badi – Yang Mati Belum Tentu Pergi

Badi - Yang Mati Belum Tentu Pergi (7)
MIG Pictures Sdn Bhd mempertaruhkan filem bergenre seram bertajuk “Badi” yang menemui penonton di pawagam pada 15 Oktober.

Ianya sebuah karya yang dihasilakn oleh Eyra Rahman yang pernah hadir dengan filem “Aku Terima Nikahnya”, “Pengantin Malam”, “Gudang Malam” dan banyak lagi.

Menampilkan bakat-bakat baru, dibergandingan dengan Adiba Yunus dan Azwan Kombos yang merupakan pelakon muda yang sedang meningkat naik mampu menjadikan filem ini sebagai platform bagi mereka untuk mengasah bakat.

Antaranya, Habis Safuan, Sharisa Haris, Navilya Husna dan Ayang Abbas.

Badi - Yang Mati Belum Tentu Pergi (5)

Tidak lupa juga pelakon berpengalaman Rashidah Jaafar. Kalau cerita seram je, pass dekat dia…. Sure menjadi… Lain benar aura seram dia.

Contoh terbaik dalam Filem Pengantin Malam, lakonan beliau menjadikan beberapa babak dalam filem itu nampak lebih menyeramkan.

Badi - Yang Mati Belum Tentu Pergi (6)

Keunikan Filem “Badi” ini terletak pada elemen Mak Yong yang diketengahkan sebagai subjek latar.

Mungkin anda sendiri tidak tahu bahawa Mak Yong bukan sekadar seni tari asli, bahkan ada “sesuatu” yang menjadikan tarikan ini unik dan mampu memukau penonton.

Apakah “sesuatu” itu?

Jeng jeng jeng. Jom sama-sama kita saksikan di pawagam bermula 15 Oct 2015.

Sinopsis filem Badi

Badi - Yang Mati Belum Tentu Pergi (2)

4 Sekawan – Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar medik yang sedang menjalani latihan disebuah hospital.

Pada suatu hari, mereka berempat telah diberi tugasan dimana mereka perlu menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat Mek Nak (Rashidah Jaafar). Sewaktu pemeriksaan dijalankan, mereka telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan juga sesama manusia.

Sarah (Adiba Yunus) bertemu dengan Joe sewaktu menuntut jenazah Mek Nak di hospital dan Joe juga banyak membantu dalam proses pengambilan jenazah Mek Nak. Atas rasa simpati dan hormat, Joe membuat keputusan untuk ke kampung Sarah bagi menghadiri pengebumian Mek Nak.

Badi - Yang Mati Belum Tentu Pergi (4)

Rakan-rakan Joe yang lain turut sama mengikuti Joe ke kampung dan sewaktu perjalanan telah berlaku sesuatu yang tidak diduga (Selain kes Joe jatuh hati dengan Sarah).

Selepas mereka pulang ke bandar, seorang demi seorang mengalami gangguan ataupun terkena badi Mek Nak kecuali Kila kerana Kila terus membersihkan dirinya setelah tiba di rumah

Hal ini agak mengganggu fikiran Joe, Tania dan Faiz.

Kebetulan sewaktu Joe ke kampung bertemu Sarah sekali , Kila telah menunjukkan sesuatu kepada Tania dan Faiz dimana bertambah lagi persoalan siapakah Mek Nak dan kenapa berlakunya gangguan ini?

Trailer filem Badi

Sejarah Tarian Mak Yong

Tarian Mak Yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini merupakan satu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan, tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

Mak Yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Walaupun dari sejarah asal tarian ini, katanya ia telah berusia lebih daripada 800 tahun, namun ianya masih mempunyai makna yang misteri di sebalik tarian itu.

Badi - Yang Mati Belum Tentu Pergi (1)

Dalam filem ini, tarian mak yong kembali dipertontonkan. Mak Yong dipersembahkan sebagai tradisi dan dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan keistimewaannya seperti pakaian yang berhias cantik.

Ada juga yang menambah apabila penari sudah berada dalam emosi Mak Yong, segala pergerakan dan mimik muka akan bersatu menjadi lebih bernyawa.

Begitu juga yang terjadi kepada pelakon Adiba Yunus dalam filem “Badi“. Mak Yong seakan-akan ‘hidup‘ dalam diri Adiba dalam filem ini.

Ada yang beranggapan Adiba terkena rasukan Mak Yong ketika di set penggambaran berlangsung. Tambah lagi, ketika nyanyian dan tarian Mak Yong dilakonkan oleh pelakon, krew produksi turut mengalami situasi yang aneh dan seram iaitu secara tiba-tiba mereka meremang bulu roma seperti ada yang menyapa.

sumber – http://metrowealthpictures.net/2015/05/20/badi-dalam-tarian-mak-yong/

Ok telan air liur sat….

Jangan lupa saksikan filem “Badi” lakonan Azwan Kombos, Adiba Yunus, Hanif Safuan, Sharissa Haris, Navilya Husna dan ramai lagi pbermula 15 Oktober ini.

Badi - Yang Mati Belum Tentu Pergi (3)

Jangan lupa support lakonan member Bro – Zakaria Zahid sebagai Udin dalam filem ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Badi – Yang Mati Belum Tentu Pergi

Leave a Reply to jasa aplikasi android Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *