April 26, 2024

Manisnya Rezeki Berniaga – Bro Char Kuey Teow

Bro Char Kuey Teow Tg Malim Kuali Berapi
Baru masuk minggu ke-4 Bro berniaga ?#?BroCharKueyTeow?. Alhamdulillah sambutan tidak mengecewakan.

Tipu la jika bagitau, hari-hari sale Bro kencang. Kadangkala Bro nak menangis bila tiada orang nak order Char Kuey Teow. Walaupun waktu itu ramai pelangan yang datang.

Tapi Bro ok je,

Tak semua benda yang kita buat terus akan dapat feedback positif. Kadangkala kita kena positifkan diri dan baiki apa yang kurang. Lagipun kita perlu ingat bahawa business ini ada pasang surutnya.

Yang mampu buat Bro tersenyum, bukan sebab sale yang hari-hari Bro dapat. Tapi masa yang Bro ada, digunakan sebaiknya. Terasa masa yang ada amat berharga sesangat.

Mula-mula sekali,

Bro dapat luangkan masa dengan family sewaktu menyediakan bahan masakan dan persiapkan barang niaga dirumah. Sekaligus dapat mengeratkan hubungan Bro dengan adik-beradik yang sudi menolong dan bagi nasihat pada Bro.

Memang Bro akui, selama ini Bro memang tak rapat dengan adik-beradik Bro sejak dari kecil lagi. Mungkin sebab kami belajar jauh-jauh dan jarang berjumpa.

Paling menusuk kalbu

Bila Bro dapat menatap muka kedua-dua puteri time Bro kepenatan bekerja. Dan mereka dapat buat rasa penat itu hilang dan fikir apa yang Bro buat sekarang ini adalah untuk mereka.

Ramai yang kata, Bro dulu seorang yang hebat…

Tapi itu dulu…. Bro sendiri tidak tahu dimana “kehebatan” itu hilang. Cuma yang Bro boleh nyatakan disini, jangan terlalu selesa dengan kehidupan anda (duduk dalam zon selesa).

Kadangkala kena cabar diri dan buat sesuatu yang baru + lagi mencabar kemampuan diri.

Sepanjang Bro berniaga.

Bro dapat juga memantapkan Skill PR yang dah lama berkarat ini. Pagi-pagi bergosip dengan untie2 dekat pasar, untuk mengetahui isu semasa tempatan (yang tidak akan keluar dekat surat khabar, TV or facebook).

Kemudian hari-hari dok tawar-menawar harga dengan suplier. Sebab harga bahan mentah pun ada pasang surut juga. Kadangkala terpaksa beli, sebab amat memerlukan dan kehabisan stock.

Sewaktu berniaga pula, Bro dapat membina network baru. Dapat kenal ramai orang, dapat berjumpa rakan-rakan lama yang susah gila nak jumpa (asik sembang dengan fb, whatsapp sahaja).

Paling menarik, Bro dapat usha awek yang selalu makan disini he…23x Tak de la. Bro dapat jumpa dan mengenali manusia yang berlainan bangsa, agama, umur, taraf pendidikan etc.

Yang perkena Char Kuey Teow Bro bukan calang2 orang. Ada yang bertitle, berpelajaran tinggi, selebriti etc…. Tapi dengan Bro dorang low profile membuatkan Bro rasa lebih akrab dengan mereka.

Alhamdulillah….

Nampak tak rezeki yang dapat Bro nikmati ini. Tak semestinya dalam bentuk wang ringgit mahupun Dollar….

Yang Benar,
Pengasas Bro Char Kuey Teow, Tg Malim

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Manisnya Rezeki Berniaga – Bro Char Kuey Teow

  1. aha..bab gossip dengan auntie-auntie kat pasar memang best. Lagi dekat dengan kita berbanding berita kat tv & suratkhabar. Saya risik-risik cara nak simpan barang kering & basah supaya tak mudah rosak dan macam macam lagi.

    buat benda yang kita suka memang puas hati, bro.

Leave a Reply to nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *