April 19, 2024

Pengalaman Menaiki Penerbangan Firefly dari Subang ke Medan

Pengalaman Pertama Menaiki Penerbangan Firefly dari Subang ke Medan
Ini merupakan pengalaman pertama menaiki penerbangan Firefly dari Subang ke Medan. Sekaligus menjadikan ianya, kali ke-3 Bro datang ke sana.

Kali ini, Bro pergi atas jemputan Firefly dan Disbud Pariwisata Provsu.

Seawal 7.30 pagi, Bro sudah berada di Skypark Subang Airport dek kerana pernerbangan Bro pada pukul 10.05 pagi. Lagipun kami bergerak dalam kumpulan.

Terdapat beberapa wakil media dan juga travel agent turut terlibat sama untuk FamTrip kali ini. Dan semuanya dari malaysia.

Pengalaman Pertama Menaiki Penerbangan Firefly dari Subang ke Medan

Pelik rasanya, bila kena masuk melalui ekor (pintu belakang).

Mungkin sebab dah terbiasa menaiki penerbangan dari syarikat lain. Lagipun, Firefly bukan sahaja merakumi penerbangan domestik, bahkan antarabangsa juga.

Salah satunya, Medan di Sumatera, Indonesia.

Pengalaman Pertama Menaiki Penerbangan Firefly dari Subang ke Medan

Sewaktu didalam penerbangan.

Penumpang diberikan snack (kacang atau kek) dan minuman (susu soya ataupun jus epal). Tidak lupa juga Majalah Fireflyz untuk bacaan sepanjang perjalanan. Ianya boleh dibawa pulang.

Banyak juga info terkini sepanjang bulan Ogos ini dikongsikan didalamnya.

Pengalaman Pertama Menaiki Penerbangan Firefly dari Subang ke Medan

Alhamdulillah,

Kami telah selamat mendarat di Kualanamu International Airport yang merupakan lapangan terbang terbaru di Medan dan juga di Indonesia mengantikan lapangan terbang yang sedia ada 2 tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej dan penerbangan Firefly, anda boleh layari www.fireflyz.com.my

Nantikan perkongsian Bro dari masa ke semasa sepanjang menyertai FamTrip kali ini. Stay tuned….!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Pengalaman Menaiki Penerbangan Firefly dari Subang ke Medan

Leave a Reply to Oja Samid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *