April 20, 2024

Joe Flizzow Dilantik Menjadi Duta Ubermen

Joe Flizzow - Duta Terbaru Ubermen
Joe Flizzow telah dilantik sebagai duta bagi rangkaian wangian terbaru dari Ubermen.

Sebagai duta baharu Ubermen, Joe Flizzow dilihat sebagai artis solo yang berbakat dan tidak segan dalam mengekspresikan personaliti beliau tidak kira dari segi fesyen, musik ciptaan beliau ataupun bakatnya dalam bidang seni.

Beliau merupakan pilihan yang tepat dan selaras dengan pendirian jenama Ubermen untuk menjadi sumber inspirasi bagi generasi muda di Malaysia untuk mengekpresikan personaliti peribadi mereka.

Pengumuman tentang pelantikan ini telah dibuat sewaktu sesi media yang diadakan di Dataran Underground, Kuala Lumpur oleh Ubermen.

Wangian Signatur Ubermen – Joe Flizzow

Joe Flizzow - Duta Terbaru Ubermen
Wangian signatur daripada Ubermen direka untuk menggalakkan pembentukan ekspresi semangat dan kebebasan dalam kalangan pemuda “Kool” berusia 18 hingga 21 tahun yang mencari medium efektif dalam memperbaiki imej diri dan mahu kelihatan segak menerusi gaya peribadi individualistik.

Haruman ini juga sempurna buat pemuda “Metro” dalam dunia korporat berusia antara 22 hingga 25 tahun yang percaya bahawa dandanan peribadi adalah kunci terhadap keyakinan diri serta meyakini kepentingan penampilan diri.

Seleksi wangian Ubermen Style mampu merungkai keperibadian sang jejaka secara semula jadi.

Sama ada anda melabelkan diri sebagai seorang yang gemarkan cabaran, spontan, kreatif atau kesemua sifat tersebut, biarkan identiti unik anda diserlahkan bersama :

  • CASUAL – terdiri daripada adunan buah-buahan sitrus aromatik pada himpunan gabungan sea breeze termasuk asas kesturi kayuan yang mewah.
  • FREEDOM – haruman fougere buah-buahan yang menarik bersama sitrus energetik dan nota ozonik, diperkaya dengan asas kayuan.
  • FREEDOM XTREME – wangian unik terdiri daripada nota-nota sensual oriental bersama nota ozonik segar serta campuran vanila, kesturi dan labdanum.

Wangian Ubermen Style kini boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara. Ia dijual pada harga RM27.45 untuk pek 100ml dan RM16.90 untuk pek 50ml.

Joe Flizzow - Duta Terbaru Ubermen

IKLAN : Ubermen akan menganjurkan aktiviti menarik bagi generasi muda untuk mengekspresikan diri mereka.

Sehingga Jun 2016, UBERMEN bakal menganjurkan pelbagai acara menyeronokkan termasuk pertandingan DJ, pertandingan seni jalanan (Street Art) dan pertandingan rekaan fesyen (Fashion Design).

Info lanjut, anda boleh layari fb.com/Ubermen.Malaysia

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Joe Flizzow Dilantik Menjadi Duta Ubermen

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *