March 29, 2024

Kempen Meriahnya Syawal di 1 Utama Shopping Centre

Meriahnya Syawal di 1 Utama Shopping Centre
Jom kita jalan-jalan di 1 Utama sempena kempen Meriahnya Syawal di 1 Utama Shopping Centre bermula 26 Jun hingga 20 Julai 2015.

Berbagai acara dan aktiviti diadakan untuk anda luangkan masa bersama keluarga disini sambil membuat persiapan hari raya anda.

Anda boleh menikmati tawaran bagi F&B terpilih, demotrasi masakan, promosi perayaan, persembahan, bazar hujung minggu, pertunjukan fesyen dan berbuka puasa.

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Singgah sebentar di Raya ‘makan village’ yang terletak di LG Oval.

Dimana anda boleh temui rumah penghulu yang mempunyai dapur dilengkapi oleh barangan berkualiti tinggi dari Belling dan Way. Disana, anda dapat melihat secara ‘Live’ demo masakan dari Chef ternama di Malaysia :-

  • Chef Jaafar Onn (28 June 3 pm)
  • Chef Zaidah (11 July 5 pm)
  • Chef Sherson Lian (3 July 4 pm & 12 July 3 pm)
  • Pengacara ‘Diari Mangkuk Tingkat’ Ili (5 July 3 pm)

Mereka akan berkongsi resepi dan rahsia masakan mereka untuk anda pelajari tip-tip pakar dari personaliti terkenal di 1 Utama.

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Yang menariknya,

Ruang LG Oval telah didekorasikan untuk menyemarakkan lagu suasana raya seperti anda berada di kampung halaman.

Sesuai sangat jika anda ingin bergambar disini.

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Pasti anda tidak sabar nak pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

Sabar ek…!! Sabar….!! Lagi seminggu je lagi.

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Selain itu, terdapat basikal retro, vespa dan barangan antik disusun pada setiap bahagian.

Diserikan lagi dengan laluan berumput (rumput hidup ok) dan juga bunga kertas (bougainvillea – dah rasa mcam berada di Ipoh la pulak).

Selain itu, terdapat beberapa booth dibuka untuk memudahkan anda membeli belah dalam suasana raya.

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Meriahnya Syawal di 1 Utama

1 Utama Gift Redemptions

200 kek untuk pelanggan terawal membeli belah di 1 Utama setiap hari dengan pembelian RM500 dan keatas (maksimum 2 resit dalam hari yang sama di outlet ONECARD yang terlibat) atau RM300 bagi ahli ONECARD.

Ianya boleh dituntut di GF Highstreet, bertentangan dengan Pusat Khidmat Pelanggan disana.

Sekiranya anda pemegang kad Maybank,

Terdapat juga sepasang bekas biskut raya dari pihak Maybank untuk 3,000  pemegang kad Maybank terawal dengan pembelian RM500 dan keatas (maksimum 2 resit dalam hari yang sama).

Ianya boleh dituntut di Booth Maybank yang terletak di LG Highstreet.

Bagi pemegang kaad Maybank Platinum, anda booleh dapatkan parking percuma di I Utama Platinum Parking dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Ganjaran Buka Puasa dengan Hari Raya ONECARD

Sepanjang bulan puasa (26 Jun – 20 Julai 2015), ahli ONECARD yang makan dan membuat bayaran lepas berbuka puasa (dari pukul 7 malam dan keatas) di outlet ONECARD  F&B yang terlibat, akan menikmati  3 kali ganda UPoint.

Dengan pembelian serendah RM50 dalam satu resit, melayakan setiap ahli menerima sehingga maksimum 3,000 UPoint yang bernilai RM30 sepanjang tempoh ini.

Hanya sah di cawangan halal sahaja. Tertakluk pada Terma & Syarat.

Meriahnya Syawal di 1 Utama

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk pada detail dibawah ini :-

Website: www.1utama.com.my / www.onecard.com.my
Facebook: fb.com/1Utama
Instagram: @1Utama
Twitter: @1UtamaOfficial
Youtube: www.youtube.com/user/1UtamaHappenings
WeChat: 1Utama

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Kempen Meriahnya Syawal di 1 Utama Shopping Centre

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *