April 25, 2024

Majlis Pelancaran GEMFIVE : Portal Shopping Online Dari Malaysia

GEMFIVE - Portal Shopping dari Malaysia
GEMFIVE merupakan portal membeli-belah atas talian yang menawarkan pelbagai jenama baharu, barangan unik kegemaran ramai dan produk inovasi terkini kepada pelanggan.

Dan ianya telah dilancarkan hari ini bertempat di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral.

Portal membeli belah www.gemfive.com ini telah mula beroperasi di Malaysia yakni negara ia diasaskan.

GEMFIVE - Portal Shopping dari Malaysia

Menurut pengasas GEMFIVE, Quek Kok Sean

Buat masa ini, Kumpulan Hong Leong merupakan pelabur utama GEMFIVE.

Kami berharap dapat membawa jenama GEMFIVE yang diasaskan di Malaysia ke negara serantau lain.

Di GEMFIVE, anda boleh menemui ribuan produk dalam pelbagai kategori – fesyen, elektronik, kecantikan dan kesihatan, gaya dan kehidupan, serta ibu dan anak.

GEMFIVE dapat membantu anda mencari produk asli (original) selain jenama terkemuka – termasuk jenama baharu dan sukar didapati di pasaran tempatan. Masih mengekalkan harga pada kadar berpatutan dan kompetitif melalui elemen nilai.

GEMFIVE - Portal Shopping dari Malaysia

Untung puan isteri, dapat voucher RM100 dari GEMFIVE

Buat masa ini, GEMFIVE bekerjasama dengan lebih daripada 100 penjual melangkaui 300 jenama tempatan dan antarabangsa.

Menerusi kerjasama erat dengan pelbagai pemilik jenama, GEMFIVE berjaya membawa masuk jenama-jenama ekslusif yang belum pernah menembusi pasaran di rantau ini.

Selain jenama antarabangsa, GEMFIVE juga menyokong kuat jenama tempatan antaranya, Frankitas, Dipped Row, Comoddity, Sydonie, Christy Ng, Asiha Wong Couture, Azzara Conttons, Binqareem, Kin by Nik dan banyak lagi.

GEMFIVE - Portal Shopping dari Malaysia

Eh, Fida Ibrahim la.

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah serba baharu, layari www.gemfive.com sekarang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Majlis Pelancaran GEMFIVE : Portal Shopping Online Dari Malaysia

  1. better think twice about buying from GEMFIVE. their fb page have so many complaints from so many customers about their bad customer service. i’d stay away if i were you.

Leave a Reply to RasyidZamri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *