April 25, 2024

Festival Ramadan Klang 2015 Pada 25 Jun – 12 Julai di Pusat Pemborong GM Klang

Festival Ramadan Klang 2015
Pusat Pemborong GM Klang akan mengadakan Festival Ramadan Klang pada 26 Jun hingga 12 Julai 2015 bertempat di kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang.

Secara tidak langsung ini menjadikan ianya salah satu aktiviti tahunan GM Klang pada tahun 2015.

Festival Ramadan Klang kali dengan kerjasama alumni Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra’ dan Women International Network (WIN).

Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Dato Lim Seng Kok

Menurut Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Dato Lim Seng Kok,

Festival yang akan memeriahkan lagi sambutan Ramadan tahun ini akan berlangsung di sekitar kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang dengan pelbagai aktiviti diaturkan.

Kami juga aka memberikan satu kelainan di mana sepanjang festival akan diadakan ‘lauluan nostalgia’ yang berkonsepkan latar belakang perkampungan melayu dengan cahaya pelita serta lampu-lampu kerlip.

Dijangkakan terdapat lebih 100 gerai dibuka yang menawarkan pelbagai barangan persediaan Hari Raya dan tidak ketinggalan jualan juadah berbuka puasa.

Sekiranya anda berminat untuk membuka gerai disana. Anda boleh hubungi :-

  • Adam +6016.232.9775
  • Lakman +6019.606.6102
  • Angeline +6016.650.9055
  • Pejabat +603.9075.6388

Majlis Pelancaran Festival Ramadan Klang 2015

Festival Ramadan Klang 2015

Festival Ramadan Klang ini menyasarkan objektif untuk menjadi ‘1 Stop Centre’ buat pengunjung-pengunjung Pusat Pemborong GM Klang.

Ianya akan mula beroperasi seawal jam 11 pagi (Sabtu & Ahad) dan 3 petang (Isnin hingga Jumaat) sehingga jam 11 malam.

Anda bakal menikmati pelbagai aktiviti istimewa yang telah disusun sepanjang berlangsungnya festival ini selain aktiviti membeli belah.

Antaranya ialah demostrasi masakan, batik, wau, kuda kepang dan pemakaian hijab, alunan bacaan Al-Quran setiap hari sebelum masuk waktu berbuka, dan persembahan akustik dan nasyid selepas solat terawikh.

Bagi mereka yang membawa anak,

Terdapat juga beberapa aktiviti menarik untuk mereka seperti pertunjukan ‘giant bubble’, dekorasi ‘cupcake’ dan penampilan maskot-maskot popular untuk beramah mesra bersama mereka.

Peserta Projek Iqra’ Diraikan

Projek IqraSempena bulan Ramadan,

Pusat Pemborong GM Klang turut meraikan peserta-peserta Projek Iqra’ yang terdiri dari para pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka puasa pada pembukaan rasmi festival ini pada 27 Jun (Sabtu).

Seterusnya, majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari persatuan terpilih pada 5 Julai (Ahad).

Moga dengan program-program berfaedah ini dapat menyemarakkan lagi sambutan Ramadaan dan Syawal yang bakal tiba.

Majlis Pelancaran Festival Ramadan Klang

Bicara Bro : Bagi warga lembah klang, jangan lepaskan peluang hadirkan diri ke Festival Ramadan Klang pada 26 Jun hingga 12 Julai 2015 bertempat di kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang.

Nak cari baju raya dekat sini tahun ini :)

Koleksi Syawal 2015 dari Alumni UiTM

Bersembang pasal baju raya, pada majlis perasmian Festival Ramadan Klang 2015 tempoh hari, kami berpeluang menyaksikan hasil kerja dari 7 pereka fesyen.

mereka merupakan alumni UiTM, masing-masing memperagakan koleksi terkini bagi Syawal 2015.

Pertunjukan Fesyen Festival Ramadan Klang 2015

Pertunjukan Fesyen Festival Ramadan Klang 2015

Antara pereka fesyen yang terlibat adalah Azlan Karim (Binqareem), Orked Mohd Fauzan (Orked), Shanell Harun (Shanell), Suhairie Mohamed (Seth & Luna), Abid Shamsuddin (Daramera), Intan Sapura Hashim (Hanapura) dan Nurul Shafiqah Md Amin (Piqa Amin & The Empire).

Video Jemputan ke Festival Ramadan Klang 2015

Untuk sebarang pertanyaan dan informasi lanjut, hubungi Maryam 012-985 5576, Melor 019-900 0688 atau emel festivalramadhan2015@gmail.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Festival Ramadan Klang 2015 Pada 25 Jun – 12 Julai di Pusat Pemborong GM Klang

Leave a Reply to iena Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *