April 25, 2024

Buffet Ramadhan 2015 – Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Buffet Ramadhan 2015 - Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC)
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan mengadakan promosi Berbuka Puasa Kali Kedua iaitu ‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya”.

PICC telah memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.

Antara hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang, dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.

Buffet Ramadhan 2015 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Gulai kawah turut disediakan.

Sewaktu bulan Ramadhan nanti, terdapat 13 jenis gulai kawah akan disediakan untuk anda nikmati

Antara Pemanis Mulut yang akan menjadi tumpuan adalah seperti Chocolate Fountain bersama buah-buahan segar yang di celup dengan chocolate, Apam Balik dan Kueh Onde-Onde.

Sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk berbuka puasa. Antara hidangan bubur yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Labu dan Pengat Pisang.

Promosi ini turut menyediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese, Napolitana dan Carbonara.

Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini.

Buffet Ramadhan 2015 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Harga Buffet Ramadhan 2015 – Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Buffet Ramadhan 2015 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Walaupun banyak hidangan disajikan disini,

Bro lebih berminat menikmati nasi putih bersama gulai kawah. Feel dia lain macam sikit berbanding hidangan yang ditawarkan di tempat-tempat lain.

Bagi warga Putrajaya boleh menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai destinasi anda berbuka puasa.

Sambil menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC.

Buffet Ramadhan 2015 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Cantik gambar yang Bro amik menggunakan Nikon D5100 ini.

Bersempena dengan bulan ramadhan ini juga, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi ini bertempat di surau yang disediakan bagi kemudahan orang ramai.

Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse.

Pengalaman Berbuka Puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Buffet Ramadhan 2015 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Bagi mereka yang mencari kelainan semasa berbuka puasa samada bersama keluarga atau rakan-rakan disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah destinasi yang terbaik untuk berbuka puasa.

Rosma AF akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini. Bagi tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking dilaman web www.ticketonline.my/picc.

PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka. PICC juga turut menawarkan pakej korporat untuk majlis rumah terbuka atau “ Raya Open House” bagi syarikat – syarikat korporat.

Buffet Ramadhan 2015 - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Sekiranya ada yang berminat, sila hubungi talian 03-8887 6000 atau lawati laman web PICC di http://www.picc.com.my.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai acara atau pakej yang ditawarkan dengan pantas bolehlah menggunakan saluran media sosial rasmi Facebook PICC iaitu http://www.facebook.com/piccmalaysia atau Twitter PICC @piccmalaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Buffet Ramadhan 2015 – Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

  1. anggaran untuk 30 org (dewasa+kanak2) berapa harga seorang..ada discount tak? pada 4 julai 2015.

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *