Dua tiga bulan ini, kehidupan agak tertekan dengan keluarga, pendapatan dan juga kerjaya.
Walaupun masih mengamalkan cara hidup sihat – kawal pemakanan, bersenam dan melakukan aktiviti yang mampu mengurangkan tekanan. Tetapi kita perlu juga buat pemeriksaan kerap.
Tempoh hari,
Bro ada buat pemeriksaan dengan KPJ Rawang.
Kali ini, Bro buat dengan Spectrum Of Life. Just buat pemeriksaan minor, nak buat yang betul-betul, besar pula bajetnya nanti.
Seperti yang Bro agak.
Tekanan darah Bro terlalu tinggi. Lebih tinggi dari kebiasaan.
He…23x Nampak gaya kena cari kerjaya baru secepat mungkin ini. Mana nak cari sijil degree ek? Tak ingat letak mana, sebab masa habis konvo dulu just simpan je (waktu itu belum kahwin lagi).
Lagipun tak pernah guna sijil tue untuk cari kerja.
Rasanya dengan kelayakan pendidikan dan pengalaman kerja yang ada ini.
Maybe boleh demand gaji tinggi dari jumlah pendapatan yang Bro dapat setiap bulan. Tapi itu la, bukan nak memilih kerja. Tetapi tiada pekerjaan yang sesuai, kalau tidak, kena start dari bawah dengan “Zero Knowledge”
Bicara Bro : Kematian boleh dijemput dimana-mana. Kadangkala bukan kerana faktor kesihatan, cuma ajalnya dah sampai walaupun usia masih muda.
Al-fatihah buat arwah Harun Salim Bachik yang baru pergi meninggalkan kita petang semalam sewaktu berhenti di RnR Gunung Semangol, Perak.
Assalammualaikum… bro,
Insaallah.. moga bro sihat selalu dan diperluaskan rezeki dan sentiasa ceria berblog .. Amin.
mselim3
pls: mselim3 kena check kesihatan gak nie… umur 35 tahun dahh… hehehe
Terima kasih sahabat :)
Semoga bro sihat sentiasa. Busy dengan event pon kena cari masa untuk rehat taw :)
Iday hari tu pengsan dalam train, doc cakap sebab tekanan darah rendah. Kena banyak minum air. So, memang penting buat check-up ni, kalau boleh every month. Sebab penyakit datang senyap2 and tak diduga.
gua la tu yang malas nak gi check up
Bagi pencarum Perkeso yang mencapai umur 40 akan diberikan baucer pemeriksaan kesihatan percuma. Disarankan pergi membuat pemeriksaan untuk mengenal pasti status kesihatan terkini dan penyakit tidak berjangkit.
Menarik jugak kalau ada pemeriksaan percuma ni dibuat di pasaraya besar.
Banyak sangat fikir tue , mana tak tinggi tekanan darah . Sok dah anak dua , camno lah . Jaga kesihatan ngan makan Bro .
Memang wajib check pun.
Sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kalau ada apa yang kriktikal, boleh kita detect awal.
Dapat dijauhkan lah.
setahun sekali tu memang harus la wat kan.
paling tidak sekali 6 bulan mesti check up jangan terlewat sebab dah terjangkit penyakit baru mau diobati susah