April 25, 2024

Baby Fisha Berjaya Menaiki Bukit Menggunakan Tangga

Baby Fisha Panjat TanggaAktiviti hujung minggu,

Seperti biasa, bawa Baby Fisha ke taman berdekatan dengan rumah untuk memenami Daddy dia.

Kalau nak harapkan Daddy dia pergi sorang, memang idak la kot. Mahu tarik selimut sambung berdengkur dekat rumah.

Di Taman Permainan Bandar Tasik Puteri memang banyak aktiviti yang berlangsung terutama di pagi hujung minggu.

So, suasananya agak meriah juga.

Walaupun tamannya biasa-biasa je, tak macam sesetengah taman yang agak besar.

Selain berjalan cuci mata dan bermain di kawasan permainan kanak-kanak. Hari ini, Baby Fisha sungguh bersemangat ingin menaiki bukit di taman ini menggunakan tangga.

Tak pasti kenapa dia amat teruja hari ini.

Hanya berpaut pada sebelah tangan Bro, dia menaik satu persatu anak tangga sambil menyebut “Up” (dalam sebutan dia).

Ada la 2-3x dia berhenti sekejap, atau Bro yang mintak berhenti sebab semput (stamina tak macam zaman memuda dulu, so pepaham je la).

Malangnya disaat tinggal beberapa anak tangga, langkah Baby Fisha terhenti dan terus berpaut pada kaki Bro. Gayanya seperti telah kehabisan tenaga.

He…23x baru kau tahu.

Tapi Bro biarkan dia rehat seketika, kemudian baru ajak dia sambung menaiki tangga semula. Dan akhirnya dia berjaya juga.

Tahniah….!!!

Muka Kepenatan Kehabisan Tenaga Anak Bapak Day Out

Seperti kebiasaannya.

Baby Fisha akan berpaut dibelakang Daddy dia bila dah tak larat nak berjalan (kehabisan tenaga @ nak bermanja) diwaktu daddy dia masih nak teruskan berjalanan atau dalam perjalanan pulang ke rumah.

Selalunya,

Sewaktu pulang dari taman, Bro memang akan beli sarapan untuk bersarapan di rumah. Malangnya kebanyakan gerai ditepi jalan tutup.

Di sebabkan tak larat nak balik rumah (Sebab dah terlalu jauh melencongnya).

Terus call Puan Isteri suruh jemput dekat bus stop berdekatan. He…23x Suami siapa la nie kan. Manja kebenar…!!!

Melepaskan Lelah di Bus Stop - Anak Bapak Day Out

Selfie Anak Bapak Day Out

Lama sangat menunggu kedatangan Puan Isteri, maka kali selfie seround dua di bus stop.

Eh, kami berdua pakai baju dan seluar lebih kurang sama warnanya. Nampak macam sehati sejiwa la pulak He…23x (Sedangkan ini baju tidur kami, nampak sangat tak mandi terus keluar rumah kan).

Anak Bapak Day Out

Selepas Puan Isteri sampai, kami breakfast terus dekat luar.

Alang-alangkan.

Eh Abang Sado la….!!! (bila dilihat dari belakang, dari depan? Jangan ditanya)

Nampak gaya #Misi90HariTanpa akan bermula semula. Harap kali ini, dapat result yang lebih memberansangkan. Chaiyokkkkk…..!!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Baby Fisha Berjaya Menaiki Bukit Menggunakan Tangga

  1. Untuk taman perumahan ada taman. Taman perumahan saya tak disediakan oleh pemaju. Mungkin mereka terlupa nak sediakan kemudahan awam sebab galak sangat nak jual rumah.

Leave a Reply to iena eliena Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *