April 16, 2024

Tahniah Yana Samsudin Kini Sah Isteri kepada Fadzil Zahari

Majlis Pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Yana Samsudin kini menjadi isteri yang sah kepada Fadzil Zahari.

Majlis pernikahan ini diadakan di kampung halaman beliau di Yong Peng, Johor selepas solat Jumaat dan disempurnakan oleh Imam Shamsul Rizalars Abdul Hamid.

Pada majlis ini, pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh hantaran termasuk mas kahwin RM10k serta wang hantaran RM50k.

Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan Sabtu (esok) di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor bermula pada pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam.

Sumber : HyeBro!

Teringat lagi kali pertama kami berjumpa dan bersembang pada tahun 2010.

Waktu ini, dia sanggup nak delete seorang rakan facebook semata-mata nak add Bro dalam akaun facebooknya. Malangnya yang dia add adalah akaun facebook Bro yang lama.

Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan kepada kedua mempelai ini. Semoga bahagia dan kekal ke akhir hayat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Tahniah Yana Samsudin Kini Sah Isteri kepada Fadzil Zahari

  1. Tahniah Yana Samsudin… Dah selamat jadi isteri orang… Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir kayat…

    P/S: Lepas ni agaknya siapa pula yang akan jadi Kak Long kawasan ye?.. hehehe.

Leave a Reply to nil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *