April 19, 2024

Pengalaman Menyertai Dutch Lady Smart Steps Workshop

Pengalaman menyertai Dutch Lady Smart Steps Workshop
Pada 24 Januari 2015 tempoh hari, Bro telah menyertai Dutch Lady Smart Steps Workshop yang berlangsung di Connexion@Nexus.

Bengkal kali ini membawa tajuk – Tahap Kebijaksanaan Si Manja: Kebaikan Nutrisi untuk Perkembangan Bijak Si Manja.

Paling menarik,

Ianya menampilkan beberapa orang panel pakar dalam bidang Psikologi, Pemakanan dan Pediatrik :-

  • Dr Alvin Ng – Associate Professor, Department of Psychology Faculty of Science & Technology, Sunway University.
  • Professor Dr. Poh Bee Koon – Head of Nutritional Sciences Programme, Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Dr. Yong Junina Fadzil – Consultant Paediatrician.

Dutch Lady Smart Steps Workshop
Antara fakta yang ditekankan untuk ibubapa adalah :-

  • Pemakanan ialah salah satu faktor penting untuk prestasi kognitif atau tahap kepintaran (IQ) kanak-kanak.
  • Kepintaran anak atau perkembangan mental yang sihat memerlukan perhatian dari segi pemakanan sebagai salah satu aspek untuk menyokong perkembangan otak mereka.
  • Faktor lain yang mempengaruhi perkembangan kognitif termasuk persekitaran yang merangsangkan dan penjaga yang sering berinteraksi dengan anak.

Jika diikutkan, banyak faktor yang membantu perkembang kanak-kanak dikongsikan dalam bengkel ini.

Cuma Bro ingin tekankan pada perkara yang mungkin kita sendiri sebagai ibubapa terlupa atau terlepas pandang dalam tempoh pembesaran anak kita.

Yakni sokongan kita sebagai Ibu Bapa untuk perkembangan kanak-kanak dari segi mental

  • Berikan kasih sayang
  • Berikan panduan dan tunjuk ajar
  • Berikan permainan dan ruangan yang bersesuaian dengan umurnya.
  • Berikan peluang kepada si manja untuk melatih motor serta kemahiran koordinasi

Nampak macam remeh, tetapi ianya mampu memberi impak besar kepada perkembangan si manja tadi.

Jika tidak, ianya boleh memberi kesan yang baik bagi sepanjang tempoh pembesaran mereka.

Ok, Bro take noted tentang perkara ini.

Kepentingan Nutrisi dalam Pemakanan.

Nutrien Menyokong Pembangunan Mental

Pemakanan mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak,

Tetapi kita perlulah melihat apa yang diperlukan pada setiap peringkat. Ini kerana dengan nutrien yang lebih ‘sesuai’ dapat menyokong perkembangan kanak-kanak itu dengan lebih baik.

Seeloknya dalam pemakanan mereka disertakan dengan ikan laut dalam, buah dan sayuran segar.

Tidak lupa juga,

Susu yang telah diperkayakan yang merupakan salah satu sumber nutrien yang baik di mana memperoleh mikronutrien ada dititikberatkan oleh SEANUTS.

Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa

Peranan Kita Sebagai Ibu Bapa

Sebagai Ibu bapa,

Kita perlu meluangkan lebih masa untuk berinteraksi dengan si manja dan menerokai dunia sekeliling bersama mereka.

Bawa mereka keluar sekurang-kurangan 3x seminggu untuk memberi pendedahan kepada mereka dari hanya membiarkan mereka tidur dan terkurung dirumah.

Selain itu,

Ianya dapat membina interaksi positif si manja dengan ibu bapanya.

Interaksi positif seperti ini membolehkan ibu bapa menjalinkan ikatan, membantu si manja merasa lebih selamat dan menyokong perkembangan dirinya secara menyeluruh.

Gambar Sekitar Dutch Lady Smart Steps Workshop

Gambar Sekitar Dutch Lady Smart Steps Workshop.

Gambar Sekitar Dutch Lady Smart Steps Workshop.

Gambar Sekitar Dutch Lady Smart Steps Workshop.

Duta Produk Dutch Lady Mia Sara

Sebagai kejutan,

Mia Sara turut hadir untuk beramah mesra bersama kanak-kanak yang hadir ke bengkel ini bersama ibubapa mereka.

Sebelum kanak-kanak yang lain serbu dia, Bro dah serbu dulu.

Macam tak manis pula berebut-rebut dengan kanak-kanak bergambar dengan Mia Sara.

Seronok bila lihat ibubapa tersenyum melihat gelagat si manja mereka bergambar dengan idola mereka ini.

Bro juga tersenyum.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Pengalaman Menyertai Dutch Lady Smart Steps Workshop

  1. Anak saya seorang yang memilih makanan.. susah sangat nak bagi di makanan seimbang sebab dia cuma nak makan roti & biskut pilihan yang ada cuma bagi susu & supplement..

  2. Betul tue bro.. actually bagus join bengkel mcmni.. baru la kita boleh tambah knowledge ttg apa yg terbaik yg perlu kita buat di dalam membesarkan anak2 btl tak.. :)

Leave a Reply to islam di dadaku Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *