April 19, 2024

Nikmati P1 Internet Dengan MiFi Modem Berserta Pakej P1 ToGo® Serendah RM39 Sebulan

P1 Internet Dengan MiFi Broadband
Kenapa perlu melangan pelan data pada telefon bimbit anda sekiranya anda boleh melayari P1 Internet dimana-mana anda berada.

Anda hanya perlu bawa bersama MiFi Modem ini dan ianya boleh menghubungkan internet berkelajuan 4G secara WiFi hotspot kepada 8 peranti dalam satu masa.

Menarik….!!!

MiFi Modem MX230 ini hadir dengan bentuk yang kecil dan stylo memudahkan anda membawa ia kemana-mana.

Paling penting, ianya mampu bertahan sehingga 6 jam penggunaan.

Jika anda menggunakan telefon anda untuk dijadikan sebagai hotspot. Rasanya sekejapb sahaja bateri dah habis dan telefon anda akan menjadi panas.

Belum lagi penggunaan data anda habis cepat jika dikongsikan bersama rakan-rakan. Malah kelajuan capaian internet juga berkurangan.

Dengan pakej P1 ToGo® anda tidak perlu risau tentang penggunaan data, bahkan juga kelajuan capaian kepada Internet.

Pakej P1 ToGo®

Apa yang menariknya tentang Pakej P1 ToGo®?

Harga Pakej P1 ToGo

Dengan harga serendah RM59 sebulan anda boleh nikmati penggunaan data dengan kuota 5GB pada kelajuan 1Mbps.

Jika rasa 5GB sebulan tak mencukupi bagi anda dan rakan-rakan yang menumpang internet anda, anda boleh mohon pakej kouta tanpa had (Unlimited) serendah RM109 sebulan dengan kelajuan 1Mbps.

Jika 1Mbps tidak mampu memberi kepuasan kepada anda dan rakan-rakan yang menumpang internet anda, anda boleh upgrade kelajuan kepada 2Mbps pada harga RM159 sebulan.

Jika rasa tak puas hati.

Mintak rakan-rakan anda langan pakej P1 ToGo® mereka sendiri. Asik nak menumpang tetapi tak reti nak hulur duit dekat anda he…23x

MiFi Modem P1 ToGo

Untuk pengetahuan anda, ToGo Broadband datang dengan beberapa modem diantaranya MX230 (yang sedang Bro gunakan sekarang), MF230 dan UH235.

Sekiranya anda memilih pakej P1 ToGo® (RM109 sebulan – Unlimited Quota + 1Mbps) dengan modem UH235, anda akan mendapat rebat Rm30 sebulan.

Anda boleh rujuk pakej yang ditawarkan di http://www.p1.com.my/togo/.

MiFi Modem MX230 – Pocket Size 4G Portable

P1 MiFi Modem MX230 - Your Personal 4G WiFi

Bro telah mencuba menggunakan P1 MiFi Modem – MX230. Built-in dengan bateri yang boleh dicas semula .

Disertakan sekali Micro USB Cable, USB Wall Power Adaptor dan buku panduan penggunaannya.

Ianya menyokong penggunaan pada system operasi :-

  • Window Xp, Vista, 7 atau lebih terkini
  • Mac OS X 10.6 atau lebih terkini
  • Linux (WiFi)

Untuk sambungan secara WiFi dan USB pula :-

  • Wireless Berkelajuan Tinggi 802.11b/g WiFi
  • USB 2.0 Modem

MiFi Modem MX230 P1 ToGo Broadband
Modem ini, anda boleh cas ia menggunakan Micro USB Cable.

Sekiranya anda ingin menghubungkan ianya secara terus dengan laptop/PC anda. Anda boleh menggunakan Micro USB Cable tadi untuk menghubungkan ia.

Maka anda boleh melayari P1 Internet terus tanpa perlu menyambungkan ianya secara WiFi.

Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sekiranya modem WiFi pada laptop/PC mereka tidak berfungsi.

P1 Internet MiFi Broadband ToGo
Pada modem ini terpapar 3 icon iaitu bateri, signal WiFi dan kekuatan liputan P1 Internet.

Kenapa icon 4G itu merah?

Waktu ini, Bro sendiri mencuba modem ini dikawasan yang kurang mendapat liputan P1 Internet.

Ianya tidak mengecewakan bila dapat juga melayari internet walaupun ianya berwarna “merah”

Ketika ini, internet dari telefon Bro tidak mampu memberi kepuasan kepada Bro dari segi liputan dan kekuatan signal.

MiFi Modem MX230 P1 ToGo Broadband Hotspot

Baru-baru ini, Bro ada lepak ditempat yang menawarkan WiFi PERCUMA. Memang menjadi lokasi pilihan ramai untuk menikmati WiFi disini.

Benda PERCUMA siapa tak nak.

Malangnya Bro tak guna WiFi mereka tetapi guna P1 Internet dengan Pakej P1 ToGo® menggunakan P1 MiFi Modem – MX230.

Ada la beberapa orang datang tengok modem ini yang Bro letak atas meja.

Malangnya tiada awek comel mintak password WiFi broadband sebab nak share guna WiFi dari P1 MiFi Modem – MX230 yang sedang Bro guna ini.

Ianya boleh menghubungkan kepada 8 peranti dalam satu masa.

Mesti ada yang tertanya-tanya, milik siapakah “WiFi FREE Bro Framestone”yang muncul pada carian WiFi pada telefon pintar mereka he…23x

Ok, itu sahaja buat kali ini. Bye..!!!

Daftar P1 Online Media Associates | P1 Online Media Associates Facebook Group

Peringatan : Pekej bernilai RM39 anda boleh perolehi dengan melanggan pakej bernilai RM59 (penggunaan data dengan kuota 5GB pada kelajuan 1Mbps) bersama dengan Modem DV230 (dengan contract 24 bulan) dimana anda akan menikmati rebat sebanyak RM20 sebulan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Nikmati P1 Internet Dengan MiFi Modem Berserta Pakej P1 ToGo® Serendah RM39 Sebulan

  1. Mula-mula baca tajuk, rasa terkejut juga… Biar betul.. Cuma RM39 sebulan jer.. Tapi bila dah baca spesifikasi, kurang sedikit rasa terkejut tu… ;)

Leave a Reply to guliroket Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *