March 29, 2024

Hari Terakhir Pameran Jelajah Dunia 1600 Panda di Malaysia

World Tour 1600 Pandas Malaysia Publika Solaris Dutamas
Ahad ini merupakan hari terakhir untuk anda bersama keluarga bergambar dengan kesemua 1600 Pandas yang comel ini di Publika, Solaris Dutamas pada 25 Jan 2015 sehingga pukul 2 petang.

Bermula pukul 3 petang, Pandas ini akan diambil oleh penjaga mereka yang baru.

Kesemua panda ini telah dijadikan anak angkat kepada mereka yang berkenan. Dalam tempoh 2 jam, ramai yang telah mendaftar untuk menjadi ibubapa angkat kepada kesemua 1600 Panda ini.

1600 Paper Mache Pandas MY Adoption

Bagaimanapun, mengikut info yang Bro terima petang tadi,

Masih terdapat 137 Pandas masih belum mempunyai ibubapa angkat yang baru. Ini kerana ada ibubapa yang belum membuat pembayaran walaupun tempoh pembayaran telah berakhir.

Oleh itu, bagi mereka yang berminat nak jadi ibubapa angkat kepada baki 137 Pandas ini, anda boleh mengambil mereka pada 25 Jan 2015 (Ahad) pukul 6 petang.

Jika anda berminat untuk menjadi ibubapa angkat kepada Pandas dari Kertas Mache, anda diminta mendaftarkan diri di kawasan pameran (Zon Informasi).

Bagaimanapun, pengambilan Pandas ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Hari Terakhir Pameran Jelajah Dunia 1600 Panda di Malaysia

  1. Saya tak tergamak nak jadikan panda ni sebagai anak angkat.. hehehe..
    Sebab kalau saya angkat satu, nanti berebut anak-anak saya. .. tapi kalau saya nak angkat 3, nanti kosnya enggak cukup..

Leave a Reply to kedaihalfcut Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *