Please Prove You’re Not a Robot
Pada pengguna platform blogger.com yakni blogspot.com. Mungkin anda terperasan fungsi terbaru dari Captcha – Please Prove You’re Not a Robot dimana anda perlu membuktikan bahawa anda bukan Robot.
Bro tak beberapa pasti tahap keberkesanan penggunaan widget ini.
Tetapi dapat menghalang jumlah komen spam yang masuk ke blog mereka. Kalau tidak, mesti ada dengar sesetengah blogger yang duduk bising-bising bila banyak spam komen diterima.
Jika sebelum ini, Google menggunakan widget verification code (kod pengesahan) yang memerlukan anda menaip kod yang dipaparkan.
Cuma, ianya kenkadang nampak macam annoying bila dua tiga kali taip asik salah je. Paling parah bila mata kejab kecik kejab besar untuk pastikan huruf atau nombor apa yang dipaparkan.
Disember 2014 yang lepas, Google telah mendedahkan cadangan terbaru mereka untuk menggantikan penggunaan Captcha.
Ia semakin mudah.
Dimana pengguna hanya perlu tandakan kotak yang bersebelahan dengan ungkapan, “I’m not a robot.”
Bagaimanapun sekiranya anda disyaki meninggalkan spam komen, anda dikehendaki mengisi verification code sama seperti yang terdahulu.
Dalam masa yang sama, Bro nak pesan kepada rakan-rakan blogger yang berblog menggunakan platfom blogspot. Pastikan blog anda mesra komen. Jangan hanya membenar pemilik akaun Google+ sahaja yang boleh komen.
Bicara Bro : Bagi pengguna WordPress, Bro menggunakan plugin FV Antispam. Walaupun ianya bukan plugin yang terbaik, tetapi banyak komen spam ditapis terus masuk ke Trash.
Tahukah anda blogspot boleh diubah menjadi miniblog untuk menjana pendapatan.
Yt baru tahu. Ms buat public comment hr tu rimas dengan spam huuu. Tq bro 4 sharing.
Walaupun begitu ada pemilik blogspot tidak mesra komen. Hanya membenar pemilik akaun Google+ sahaja boleh komen.
perasan juga. mudah sikit dari yang sebelum nih. kotak tue pun nampak macam comel je.
selalu komen tak tekan pun button tu boleh je komen hahahaha. tak tau apa fungsi dia letak
Makin mudah nak komen kat blog Blogger :)
a’ah.. kalau silap teka.. kecik besar kecik besar je tengok huruf2 tu.. hehehe..
Saya pun baru perasan wujudnya apliaksi tersebut di blog saya…
i am not robot as well… LOL
hmmm, oke skit kot dari kena masuk word verfication tuuu….
depa xnak org letak link le tu..kang blog depa xcepat naik..ohoo
Sape2 tinggal komen kat blog saya ada tak robot ni?
RosmizaAliDotCom™
yang pasti aku bukan robot…dan malangnya ada blog wp yang guna antispam tu telah ban aku..hahaha
sy selalu dilema bila nak right click, dikatanya “haip haip, sy taw apa awak nak buat, tak baik taw curi” terus rasa sedih. haha padahal nak right click link so that bukak in new tab je punnnn T_T
I’m not a robot… menarik. lebih mudah nak komen
saya buat tak peduli je benda tu bro…komen tekan send terus…OK je…hehe
xperlu tick pun xpe…. terus send komen seperti biasa.. :)
memang benda tu annoying.. tapi nak buat cmna, komen spam umpama buih-buih di lautan..
Aku tak taulah mcm mana dgn blog aku setakat ni. Sebelum ni buat public comment, bertalu2 komen2 iklan yg bukan2 masuk.. penuh ruang spam kat dashboard pulak. Tapi apa pun klu tak ok mmg kena cari cara perbetulkan.. yg tak ok di okkan ye tak.. :D