March 28, 2024

Checklist Blogger Bro Framestone Awal Tahun 2015

Meja IBIS Style Hotel Residence
Antara checklist yang Bro senaraikan untuk rujukan dan target bagi tahun 2015 sebagai seorang blogger.

Ramai yang kata Bro blogger popular atau otai, tetapi Bro asik menafikan atas sebab-sebab tertentu. Dan salah satunya bila melihat rakan blogger yang baru mahupun yang lama lebih 3-4 langkah kehadapan berbanding dengan Bro.

Maka, untuk permulaan tahun 2015 ini, Bro perlu merangka sesuatu untuk meletakan Bro lebih kehadapan.

Waktu itu, baru layak korang kata Bro popular ke apa ke.

Bro jeles?

Tipu la kalau Bro tak jeles bila tengok rakan-rakan yang lain lebih maju kehadapan dan Bro masih berada di tempat yang sama. Tak bergerak-gerak atau dengan erti kata lain, tiada perkembangan atau progress (kemajuan).

Majlis Pelancaran Blog O'Rama by Majalah Libur

Rebranding Bro Framestone bagi tahun 2015

Bro Framestone tetap akan menjadi Bro Framestone, kecuali jika Bro nak create identity baru he…23x Buat masa sekarang masih mengekalkan apa yang sedia ada :-

Jemput follow mana yang berkenan, mana tahu ada sesuatu yang bermafaat dari apa yang Bro kongsikan kepada anda semua. Walaupun kebanyakannya adalah merapu merapan dari Bro sendiri.

Antara projek blog yang masih lagi wujud dan akan diaktifkan pada tahun 2015 ini :-

  • HyeBro! – Portal Hiburan tanpa gosip yang sudah berumur lebih 3 tahun. Ada beberapa syarikat sudah berkerjasama dengan HyeBro! Alhamdulillah
  • Projek T (OiM) – Trafik dari search engine tidak mengecewakan malangnya kandungan tidak mencukupi.
  • Projek G – Trafik tidak beberapa bagus, tapi income dari pengiklanan luar tidak mengecewakan.
  • Projek MD – Sudah berumur lebih 3 tahun, antara portal yang pernah menjadi sumber rujukan. Malangnya dah 2 tahun menjadi gajah putih.
  • Projek P – Trafik berkualiti hadir dari search engine, dan ramai yang ingin mengiklan disana. Malangnya masa untuk mengemaskini agak terhad dan perlukan mereka yang berpengaruh seperti Blogger Abang Ensem.
  • Projek RA – Hilang fokus seketika, tetapi masih berjalan.
  • Projek NI- Direhatkan seketika untuk bagi laluan kepada Puan Isteri melahirkan zuriat ke-2 kami he…23x

Bunyi macam banyak je Projek yang Bro ada.

Tapi kata kawan Bro yang lebih pakar, “Fokus pada satu projek yang mampu mendatangkan pulangan”

Bagi Bro pula, “Fokus pada satu projek memang ada, cuma perlu ada projek sokongan sekiranya berlaku apa-apa diluar kawalan kita”

Jika ada mana-mana rakan blogger yang ingin berkerjasama dengan Bro. Amat dialu-alukan, tinggalkan pesanan di ruangan komen, atau hubungi Bro terus melalui Facebook. Mana yang boleh kita berkerjasama, amat Bro alu-alukan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Checklist Blogger Bro Framestone Awal Tahun 2015

  1. Sebagai blogger full time macam bro ni, memang sepatutnya bro ada beberapa projek lain.. Good Luck bro untuk tahun 2015!! Sebagai dengan bakal kelahiran anak kedua, semakin dimurahkan rezeki…

  2. Ya, tengok list dia …
    InsyAllah akan tercapai satu2… Betul, kena fokus yang benefot the most dahulu. Konsistensi is important. (Cheh ckp kat org heheh). Banyak idea tu benda bagus, melaksanakannay pula perlukan ketahanan mental dan fizikal !

    1. He..23x itu list project yang sememangnya telah lama berjalan. Cuma ada yang aktif, ada yang sedang-sedang, ada yang kurang aktif dan ada yang hidup segan, mati tak mahu.

      Harap dipermudahkan…

  3. Banyak projek yang dilaksanakan. Ada yang mengatakan fokus satu projek sehingga berjaya barulah buat projek baru. Saya sendiri kurang ariff hal ini. Mungkih lebih satu projek sebagai back up pelan.

  4. Semoga 2015 ini membawa sinar kejayaan yg lebih cemerlang buat Bro dlm mencapai apa yg disasarkan. Secara jujur, gua berminat Bro.. klu ada yg bersesuaian dari pemerhatian Bro sendiri terhadap diri ini, sudi2lah ajak.. Semoga 2015 ni dpt menimba pengalaman lebih lagi, in shaa Allah.. Gua berminat Bro.. :) :)

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *