April 20, 2024

Kolum Blogger – Blog O’Rama dalam Majalah Libur

Majlis Pelancaran Blog O'Rama by Majalah Libur
Ada berita baik buat rakan-rakan blogger yang mempunyai blog berniche Pelancongan dan Gaya Hidup (Lifestyle).

Majalah LIBUR telah melancarkan pengisian majalah yang terbaru iaitu Blog O’Rama, dimana ianya merupakan kolum khas untuk memperkenalkan penulis-penulis blog yang aktif.

Keutamaan diberi kepada penulis blog yang banyak berkongsi informasi mengenai dunia pengembaraan, tempat-tempat makan yang menarik serta platform penulisan blog berniche Pelancongan dan Gaya Hidup (Lifestyle).

Adakah blog anda yang kami cari?
Gadis Blogger Blog O'Rama
Selfie dengan gadis blogger. Eh gadis lagi ke?

Ada yang dah jadi mak orang dah, tapi kekal maintain. Belum lagi yang merahsiakan umur sebenarnya secara semulajadi.

Jejaka Blogger Blog O'Rama

Selfie bersama blogger yang rajin makan, melancong dan melencong he..23x

Blog O’Rama dalam Majalah LIBUR

Bermula Januari 2015, pihak editorial LIBUR akan memilih 2 blog yang menarik untuk diperkenalkan kepada pembaca Majalah LIBUR.

Pengisian sebanyak 16 muka surat bagi ruangan ini meliputi review blog-blog menarik dan artikel percutian yang disumbangkan blogger beserta temubual bersama blogger.

Objektif Blog O’ Rama adalah menjadi sebagai platform untuk blogger mengasah bakat penulisan secara formal disamping mengetengahkan blogger-blogger ‘otai travel’ serta blogger-blogger baru yang berkecimpung dengan niche pelancongan dan gaya hidup ini.

Mereka yang terpilih dalam Blog O’Rama LIBUR berpeluang untuk mengikuti program percutian dan tugasan bersama Majalah LIBUR.

Paling menarik, mereka juga berpeluang berkongsi artikle-artikle yang menarik di dalam majalah LIBUR.

Gadis Kaki Travel - Deq Noor

Jangan terkejut jika gaya penulisan Gadis Kaki Travel – Deq Noor akan berubah selepas ini. Siapa ada artikle dari beliau dalam majalah lagi.

Selain itu, mereka juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti anjuran Majalah LIBUR seperti bengkel fotografi dan penulisan.

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Blog O’Rama

Radin Juara Penyampai Top Malaysia
Inilah pengacara majlis Blog O’Rama,

Radin selaku juara penyampai Top Malaysia ERA baru-baru ini. Sempoi juga cara dia mengacara, ada masa boleh baca temubual Bro dengan beliau di HyeBro!

Beliau dulu berkerja dengan Karangkraf sebelum menyertai penyampai Top Malaysia ERA. Rasanya waktu itu, baru sebulan dia disahkan jawatan. Ada kosong la nie ek? Kena apply nie he..23x

Blogger Anti Sosial

Sampai-sampai je event ini,

Tengok memasing usha handphone memasing. Nampak macam anti-sosial la pulak mereka ini.

Budaya Anti Sosial Merebak

Selepas Bro duduk bersama mereka.

Bro yang duduk bersembang kencang sana sini terus jadi macam anti-sosial. Teruk virus ini, mudah sangat berjangkit. Tak pasal-pasal kena bahan dengan blogger Maha Mahu seadanya. Kredit kebanyakan gambar Bro buat beliau.

Rasanya tempat ini berpuaka kot. Asal duduk sini, terus jadi anti-sosial he…23x

Selfie Bersama Orang Kuat Majalah LIBUR dan Karangkraf
Selfie Bersama Orang Kuat Majalah LIBUR dan Karangkraf.

Moga akan ada kerjasama berterusan dengan mereka. Terima kasih juga kerana memberi peluang dan ruang untuk ke Danau Toba, Indonesia dan kongsi artikle bro dalam Majalah LIBUR edisi Disember 2014.

Selfie Rakan Blogger Bella Luna Sally
Tidak lupa juga, selfie dengan rakan blogger yang datang lambat.

Katanya, pakcik teksi sesat jalan. Relax la… Bro yang drive gua waze pun sesat juga, bila tertiba je waze refresh sendiri dan bagi direction salah.

Sijil Penghargaan Blog O'Rama dari Editorial Majalah LIBUR

Tak sangka, setiap tetamu yang hadir diberi sijil penghargaan dan juga goodies beg yang mengandungi….. Ada la… he..23x

Ok tak, kalau Bro pakai benda itu dan tidur dekat depan tv je?

Puan isteri dah cakap, “jangan nak buat kerja gila, awak bukan reti nak kemas balik lepas guna”

Blog ORama Starbucks Kota Kemuning
Antara blogger yang hadir, kredit pada MohdZarin.com

Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada Blog O’Rama pilihan LIBUR, hantarkan penyertaan dan pautan blog anda kepada ahmad.syahir@karangkraf.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

37 thoughts on “Kolum Blogger – Blog O’Rama dalam Majalah Libur

    1. hahahaha…tu gambar kecik..kekeke…alololo…gurau lorrr!
      entry Sally pun teaser tu bro…nnt Sally update yg panjangggggggg~ :D

Leave a Reply to Arham Md Ali Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *