March 29, 2024

Blogger Anti Sosial – Berkepit Dengan Smartphone

Blogger Anti Sosial
Masyarakat zaman sekarang boleh dilabelkan sebagai anti sosial.

Asik berkepit sahaja dengan smartphone atau tablet walaupun waktu itu sedang berkumpul atau lepak dengan teman-teman.

Adakah mereka ini anti sosial atau tidak menghargai masa yang sedia ada untuk diluangkan bersama teman-teman yang mungkin banyak dihabiskan dilaman sosial berbanding jumpa face to face.

Menurut sumber Wikipedia (Bahasa Indonesia)

Perilaku anti sosial (dengan atau tanpa tanda penghubung) adalah perilaku yang kurang pertimbangan untuk orang lain dan yang dapat menyebabkan kerusakan pada masyarakat, baik sengaja atau melalui kelalaian, karena bertentangan dengan perilaku pro-sosial, perilaku yang membantu atau bermanfaat bagi masyarakat.

Budaya Anti Sosial Merebak
Tidak dapat dinafikan, Bro juga kadangkala ter”anti-sosial” tanpa disedari, atau tersengaja.

Mungkin sebab dah terbiasa buat kerja menggunakan smartphone – check email, reply msj klient etc (yang dirahsiakan) Menyebabkan Bro kenkadang nampak macam anti sosial.

Blogger Anti Sosial?

Rasanya, kebanyakan blogger yang Bro temui tiada yang anti sosial. Ramah semacam pun ada juga.

Mungkin yang dianggap anti sosial itu, agak susah ditemui kot. Lebih selesa tak jumpa dari berjumpa. Kalau dah boleh keluar dan berjumpa, rasanya kita tak boleh anggap dia sebagai anti sosial.

Betul tak?

Mungkin mereka hadap smartphone sewaktu berjumpa untuk update laman sosial mereka – facebook, instagram, twitter etc tentang pertemuan mereka dengan rakan blogger. Siapa yang tahu kan?

Gadis Blogger Blog O'Rama

Tengok…!!!

Ada nampak mereka macam blogger yang anti sosial?

Menurut Kathleen Stassen Berger, sikap anti sosial sering dipandang sebagai sikap dan perilaku yang tidak mempertimbangkan penilaian dan keberadaan orang lain ataupun masyarakat secara umum di sekitarnya.

Suatu tindakan antisosial termasuk dalam tindakan sosial yang berorientasi pada keberadaan orang lain atau ditujukan kepada orang lain, meskipun tindakan-tindakan tersebut memiliki makna subjektif bagi orang-orang yang melakukannya.

Tindakan-tindakan antisosial ini sering kali mendatangkan kerugian bagi masyarakat luas sebab pada dasarnya si pelaku tidak menyukai keteraturan sosial (social order) yang diinginkan oleh sebagian besar anggota masyarakat lainnya.

Sumber : Softilmu.

Bicara Bro : Kadangkala, kata-kata yang kita ucapkan walaupun dalam nada berjenaka mampu melukakan hati seseorang.

Itu baru berjenaka, belum lagi….

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Blogger Anti Sosial – Berkepit Dengan Smartphone

  1. Rasanya kebanyakan blogger banyak meluangkan masa bersosial secara online.. sebab nama pun blogger.. orang mengenali blogger melalui Internet. .

    Tapi ini tidak bererti blogger seorang yang anti sosial. .

  2. itu normal.. sebab nak tahu isu semasa.. cuma takdelah sampai tak hirau keadaan sekeliling..
    tapi kalau jumpa yang bukan blogger buat macam tu.. memang hi hi bye bye lah jawabnya.. ajak jumpa lepak borak tapi sibuk dengat smartphone.. memang kena tinggallah jawabnya.. hehehe..

  3. orang sekarang suka bersosial di laman sosial jer.. tapi saya memang jenis pratikkan bila keluar rumah takde nak melekat dengan enpon tab bagai.. So,takde la balik kg pun abis mana dengan online.. atau kemana2 asyik nak berkepit dengan dunia online

  4. pon pon
    tuan punya gambo datang
    lalallalalaaaaaaaaaa cik iena tak anti sosial
    cuma pemalu je hahahahah
    pemalu ke (^_~)
    kitew ok jew lerr…
    okay nanti iena nak balas dendam snap gambo bro ber anti sosial lak :p

  5. Orang sekarang ni tak suka dah bersosial kat luar. Ramai yang suka bersosial kat alam maya je. hehehe. Sorry lah kalau tak tegur Bro kalau jumpa kat luar tu ek. hehehehe

  6. Kadang2 blogger terpaksa sibuk dgn smartphone…sb mungkin takde kawan…pastu pemalu…utk menutup rs malu…gemuruh…gelabah…terpaksa pura2 sibuk ngan smartphone sambil cari2 info blogger yg baru dikenali….hehehhee

  7. Bila blogger tu datang ke event atau acara yang libatkan orang dan masyarakat .. elemen anti sosial tu dah boleh dikira tak adalah. Anti sosial seorang blogger – dia duduk diam-diam, update blog hari-hari, guna profile ntah sapa-sapa, kena mesej diam, kena komen tak ada reply … tu baru anti sosial.

  8. Kalau blogger mcm tu bagi aku standard.. nama pun blogger. At least dikira mcm sebahagian kerja juga kan. Lainlah klu org2 lain yg bukan blogger buat mcm tu.. kena waktu dgn famili atau sama2 org kenal pulak. Klu sikit2 oklah tapi kalau memanjang mcm tu. mmg nampak benor malas nak bersosial hehee…
    Eh… berceloteh pulak. gua.. :D

  9. rasanya takde masalah kalau seorang blogger tu lebih prefer nak melekat dengan phone dia 24jam, sebab blogger tu yabg dah pilih nak melekat dengan phone. Persekitaran memainkan peranan. Sesuai la kalau datang ke event sorang2 lepas tu tak berteman jawapan nya phone di tangan di belek2 tanpa ada niat. Siapa lagi yang havoc kalau bukan ke sana ke mari bertegur dengan sesiapa pun…

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *