April 20, 2024

Baby Shower Event di Orange Berries Cafe, Shah Alam

Baby Shower Event - Baby Fisha, CIk Fiyya Norfa Nil & Mek Onie
Pertama kali bawa Baby Fisha sertai Baby Shower Event seperti ini.

Ramai pula yang berkenan nak bergambar dengan dia. Nak tunjukan mereka ada ciri-ciri ibu penyayang kot (Tapi memang ada ciri-ciri dah tue, tunggu apa lagi).

Baby Shower Event ini bertujuan untuk memberi kejutan kepada bakal ibu iaitu Puan Liza rakan baik kepada kak Red Mummy sebagai meraikan beliau yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Ianya diadakan di Orange Berries Cafe yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam.

Puan Liza Kawan Kak Red Baby Shower Event

Ini la dia Puan Liza.

Nampak sangat muka terkejutnya bila dapat kejutan yang tidak diduga ini, lebih-lebih lagi dari rakannya, Kak Red Mummy sambil disertai oleh suaminya yang buat muka macam tak bersalah.

Memang terbaik jika dapat buat kejutan seperti ini dengan rakan-rakan bagi orang yang tersayang.

Bro Framestone Red Mummy Baby Shower Orange Berries Cafe

Seperti biasa,

Bro jadi bidan terjun (pengacara majlis merangkap speaker masjid/surau) sebab Kak Red suaranya tak beberapa nak kuat la la la.

Tema kali ini adalah biru, maka semua yang hadir berbaju biru. Bro pula tak beberapa banyak baju biru. Tak pasal-pasal ada pula blogger yang pakai baju sama macam Bro.

Bila ada yang tegur kenapa baju kami serupa. Bro cakap la, kami baru habis main golf sambil tunjuk logo Prudential Astro Masters 2014 pada baju yang kami pakai he…23x

Orange Berries Cafe, Shah Alam

Red Mummy Orange Berries Cafe

Setinggi penghargaan buat Orange Berries Cafe kerana sudi menaja lokasi dan makan tengah hari kami untuk Redmummy Baby Shower Event ini.

Orange Berries Cafe baru sahaja dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 2014 yang lalu di Kompleks PKNS Shah Alam. Orange Berries Cafe diusahakan oleh En. Kamarul dan keluarganya.

Mee Kari Orange Berries Cafe

Antara menu yang disajikan di Orange Berries Cafe adalah produk berasaskan yogurt, minuman sejuk, laksa penang, laksa johor, mee kari dan mee jawa.

Jika selama ini anda biasa mendengar tentang Tutti Fruiti atau seangkatan dengannya, apa kata anda mencuba yogurt di Orange Berries Cafe.

Yogurt Beku di Orange Berries Cafe, Shah Alam

Yogurt Beku di Orange Berries Cafe, Shah Alam

Yogurt Beku di Orange Berries Cafe, Shah Alam

Bagi anda yang ingin mencuba menu yang ada di Orange Berries Cafe bolehlah datang ke Kompleks PKNS Shah Alam.

Antara landmark yang boleh anda cari adalah Taman Tasik Shah Alam, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall. Orange Berries Cafe terletak bersebelahan dengan restoran Tempayaki menghadap ke tempat menunggu teksi.

Ketika ini Orange Berries Cafe sedang giat melakukan promosi diskaun sebanyak 15% untuk yogurt dengan harga serendah RM4.50 untuk 100gram. Harga purata setelah diletak dengan perasa dan tambahan lain diantara RM7.00 hingga RM10.00 sahaja.

Orange Berries Cafe
Kompleks PKNS, Shah Alam (Berhadapan perhentian teksi)
Website : http://www.orangeberriesmalaysia.com/
Facebook : https://www.facebook.com/orangeberriesofficial

Kredit gambar & Sumber : Blog Mohd Rasul.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Baby Shower Event di Orange Berries Cafe, Shah Alam

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *