March 29, 2024

Yasmin At Kong Heng : Muzium Legasi Arwah Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad
Hampir 5 tahun Arwah Yasmin Ahmad meninggalkan kita tetapi legasi yang pernah beliau bawa masih lagi diteruskan, terutamanya oleh pelakon Sharifah Amani yang mendapat jolokan anak emas dalam filem-filem Yasmin.

Sharifah Amani diberi keistimewaan untuk merasmikan pelancaran muzium khas bagi meraikan kehidupan pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad.

Bro juga amat merindui cerita-cerita dan iklan yang dibuat oleh arwah Yasmin Ahmad.

Paling terasa sekali,

Bila Filem Talentime dibuat di Sekolah Bro, yakni SMK Anderson, Ipoh. Dan jalan cerita dan watak dalam cerita itu ada kaitan sikit dengan orang yang rapat dengan Bro (Oh, itu kisah lama)

Yasmin At Kong Heng

Sempena memperingati beliau, Muzium khas dibuka di Ipoh untuk mengabadikan sejarah kehidupan Yasmin Ahmad yang semalama ini menjadi inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia.

Yasmin At Kong Heng

Muzium ini diberi gelaran : Yasmin At Kong Heng, dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran.

Menurut Ng Sek San,

Yakni pemilik dan arkitek bangunan ini, pelbagai perancangan turut dirangka sebagai pelan jangka panjang muzium ini.

“Ini hanyalah permulaan, muzium ini pasti akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai pameran termasuk augmented reality yang akan menjadikan pengalaman lebih berbeza apabila berkunjung ke sini.”

Pelbagai foto yang ada di sini merupakan sumbangan dari orang-perseorangan yang pernah membuat pameran tentang Yasmin di Hong Kong. Mereka masih mengharapkan sumbangan orang ramai untuk mempergiatkan lagi muzium ini.

Peta Lokasi Muzium Yasmin At Kong Heng

Peta Lokasi Yasmin At Kong Heng

Muzium Yasmin At Kong Heng terletak di Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh.

Kredit Sumber : Twitter SultanMuzaffar dan #YasminAtKongHeng

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Yasmin At Kong Heng : Muzium Legasi Arwah Yasmin Ahmad

    1. Permainan sensitiviti menampaknya ianya mampu memberi impak kepada penonton, dari buat benda yang penonton gelak atas kebodohan/kebangangan yang dibuat2 dalam iklan/filem.

    1. Petronas agak straight juga. Jika tiada nama agak susah nak dapat job dengan mereka. Lagipun expectation mereka tinggi.

      Buat masa sekarang hanya arwah sahaja yang mampu hasilkan sesuatu yang kita sendiri tidak boleh fikirkan at the first place

  1. Beliau pernah menjadi ikon contoh asia pasifik utk subjek pengiklanan sewaktu gua study dulu. Mmg tinggi penghasilan kreativiti beliau. Al Fatihah.. semoga rohnya tenang di sana… aamiin.

Leave a Reply to allene Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *