April 19, 2024

Suntikan Imunisasi Bayi 1 Tahun Buat Baby Fisha

Happy Birthday Baby Fisha Berumur Setahun
Genap sahaja umur Baby Fisha setahun, terus ummi dia kelam kabut nak dapatkan suntikan imunisasi Bayi 1 tahun buat Baby Fisha.

Mana tak kelam kabutnya. Fisha dah umur setahun, nak harapkan daddy dia bawa pergi klinik, memang tak boleh haraplah. Sebab daddy dia memang penakut sikit pergi klinik atau hospital.

Apa yang nak ditakutkan? Pelik…!!! Pelik…!!!

Lagi satu, sebab ummi dia tengah bercuti sekarang ini (nak habiskan cuti tahun yang tahun lepas punya). Maka ini je masa yang sesuai nak bawa atau buat temujanji dengan klinik.

Bila dah start kerja balik, masa terbatas la pula. Bukan boleh sesuka hati ambil cuti.

Kali ini, nak cuba klinik kesihatan yang berdekatan. Nak bawa ke klinik swasta keadaan kewangan tidak beberapa mengembirakan sejak beberapa bulan ini. Maka Google dan terjumpa Klinik Kesihatan Batu Arang.

La…!!! Dekat je, lebih kurang dalam 5-6 KM sahaja dari rumah.

Terus call untuk buat temujanji (tak kan nak main redah je). Mereka tanya kami tinggal dimana, jalan mana. Then mereka bagitau, kawasan kami hanya boleh buat temujanji pada hari tertentu je.

So tetapkan temujanji, kemudian kami ke sana.

Cucuk Bayi 1 Tahun

Oh, Bro tak pernah terlajak ke sini, maka terpaksa menggunakan khidmat waze untuk ke sana.

La..!! Mudah sangat nak ke sana. Kenapa selama ini, Bro tidak tahu ada pekan berdekatan dengan tempat tinggal Bro. Jeng…!! Jeng…!! Jeng…!!

Nampak tak Baby Fisha relax je, macam tak de apa-apa bakal berlaku pada dia he…23x Ramai juga yang datang ke Klinik Kesihatan Batu Arang ini. Sampai ada yang terpaksa menunggu diluar sebab tak selesa nak menunggu giliran didalam.

Duduk luar pun best juga. Dapat udara yang segar dan pemandangan yang lebih selesa lagi.

Cucuk Bayi 1 Tahun

Dah satu tahun rupanya umur si Baby Fisha ini. Kejab je masa berlalu.

Rambut tak beberapa nak lebat, gigi baru 2 batang. Tapi mata makin membesar he…23x terkenan dengan Heliza Helmi kot (Lama tak jumpa dia).

Tak ambil masa yang lama pun nak tunggu giliran untuk mendapatkan Suntikan Imunisasi Bayi 1 Tahun dan juga buat pemeriksaan kesihatan terhadap Baby Fisha. Nak juga tahu tahap perkembangan beliau.

Kali terakhir buat pun, sewaktu dia berumur 6 bulan tempoh hari.

Cucuk Bayi 1 Tahun

Dengar cerita (dari ummi dia), Baby Fisha tak menangis sewaktu kena cucuk. Cuma dia buat muka pelik je bila tengok kapas yang melekat pada lengan dia (pada tempat yang kena cucuk).

Bagus anak daddy sorang ini.

Tip Elakkan Demam Selepas Disuntik : Bayi selalunya akan demam selepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkannya, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik.

Tapi nampak gaya macam Ummi dia je yang nak demam nie, Sekarang dah start berjangkit dekat daddy dia.

Baby Fisha?

Dia la yang paling sihat sekali dalam rumah ini.

**** iklan di Bro Framestone *****

Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Suntikan Imunisasi Bayi 1 Tahun Buat Baby Fisha

  1. SA kan…baba imunisasi anak ni memang failed..bukan failed sebab x nak amik tau ye…failed sebab SA x berani masuk dalam bilik imunisasi tu…sepanjang Dania lahir dulu bila tiba time nak cucuk..my mom yang akan masuk bilik tu..SA penakut…jiwa x kental bab cucuk2 anak ni…..rasa macam SA kena cucuk sekali….by the way Happy Belated Birthday Baby Fisha

  2. Guna bawang ye bro untuk elak demam… kebetulan baru je update blog pasal bawang… hehehe

    Tips saya : kalau anak menyusu badan, bagi je susu banyak2 lepas cucuk tu.. dan kerapkan susuan untuk hari tu…

    1. Tak beberapa pasti, puan isteri cakap tak elok letak bawang. Nak cakap banyak pun tak boleh, sebab dia lagi pakar.

      Tapi itu tip yang Bro jumpa dekat page majalah keibubapaan

  3. kuat baby fisha ..
    nak bagi lebat rambut, sapulah minyak zam2…. comfirm lebat ! murah pun murah tapi bau sikit lah.. bau bunga cempaka…
    hahahhaa !! yeyyyy baby fisha dah besar…. geram tengok mata booolat tu !

  4. Alhamdulillah dah besar Fisha, bagus tak menangis pun kena suntik.
    Bila ada sokongan ibu bapa waktu suntikan anak memang mereka akan lebih kuat, macam kami pun tidak pernah lagi setakat ini biarkan mak dan anak sahaja ke klinik bila ada pemeriksaan kesihatan, saya juga akan pastikan boleh turut sama waktu tu.
    Jadual temujanji memang akan ambil waktu petang lepas jam 3 petang kerana saya tidak perlu cuti kerja.

    Syukurlah kita kerana anak-anak sihat kita juga bahagia.

    1. He…23x kuat ikut daddy dia.. Terhantuk pun kenkadang xmenangi, bila nak nangis dia pandang daddy dia dan tahan diri dari menangis (kecuali kalau dia dah mengantuk sangat)

Leave a Reply to Suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *