March 29, 2024

Subsidi Ron95 dan Diesel Dihapuskan Mulai 1 Disember

Subsidi Minyak Malaysia
Berkuat kuasa 1 Disember 2014, subsidi untuk petrol RON95 dan diesel dihapuskan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, Perkara itu telah dipersetujui oleh Kabinet dan pelaksanaannya sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Ini bermakna, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal.

“Jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat.

Begitu juga sebaliknya,”

Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya.

Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember.

Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula Automatic Price Mechanism (APM).

Melalui kaedah APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Rakyat bakal nikmati harga lebih murah

Pelaksanaan kaedah tersebut dijangka memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih murah daripada harga sekarang iaitu RM2.30 untuk seliter petrol RON95 dan RM2.20 seliter untuk diesel, susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia pada waktu ini.

Penelitian kerajaan selama 19 hari bermula 1 November lalu mendapati harga purata bagi RON95 di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit pada masa ini.

Bicara Bro : Harap selepas ini, kerajaan akan memperluaskan pemantauan harga barang runcit atau pun barang-barang yang ada dipasaran. Risau ada yang naik tak turun-turun disebabkan oleh harga minyak yang tidak menentu.

Dan juga penglibatan GST.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Subsidi Ron95 dan Diesel Dihapuskan Mulai 1 Disember

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *